suria

Arsenal Dapatkan Khidmat Arteta

ARSENAL berjaya mendapatkan khidmat Mikel Arteta (gambar) dengan kontrak empat tahun selepas pemain tengah dari Sepanyol itu meminta dilepaskan dari kelabnya, Everton.

Sebelum ini Arsenal yang juga dikenali sebagai The Gunners itu gagal membida untuk mendapatkan pemain hebat itu.

Sesetengah mendakwa tawaran tunai dan pemain bukanlah apa yang diingini oleh Toffees (Everton).

Bagaimanapun, ekoran kesuntukan masa untuk merekrut pemain baru sebelum waktu perpindahan tamat dan kehilangan pemain berbakat seperti Cesc Fabregas dan Samir Nasri, Arsenal mencapai penyelesaian dalam perjanjian bernilai £10 juta itu dengan Everton.

Perjanjian tersebut dimeteraikan beberapa minit sebelum tamat tempoh perpindahan pemain.

Perpindahan Mikel disahkan dalam laman web kelab masing-masing.

Pengurus Everton, David Moyes memberitahu: "Mikel melahirkan hasratnya untuk menyertai Arsenal sekiranya terdapat bidaan daripada kelab itu."

"Saya sangat kecewa kehilangannya tetapi saya tidak dapat menawarkannya peluang untuk bermain dalam Kejohanan Liga-Liga Juara Eropah," katanya.

Sementara itu, pemain baru Arsenal, Joel Campbell dipinjamkan kepada FC Lorient manakala pemain muda, Gilles Sunu menyertai kelab Perancis yang dipinjamkan oleh Arsenal secara kekal.

Artikel Berikut

Arsenal Dapatkan Khidmat Arteta

Artikel Lain