suria

Benayoun Pemain Baru Arsenal

Yossi Benayoun (berjersi kuning).
Yossi Benayoun (berjersi kuning).
Yossi Benayoun (berjersi kuning).

YOSSI Benayoun kini ialah pemain Arsenal selepas menandatangani kontrak bersama pasukan The Gunners.

Benayoun hanya beraksi untuk seminit dalam pasukannya, Chelsea pada musim ini. Peluangnya bermain semakin tipis ekoran kedatangan pemain tengah, Juan Mata dari Valencia ke pasukan The Blues (Chelsea).

Benayoun cuma tampil beraksi 10 perlawanan untuk Chelsea musim lalu kerana kecederaan Achilles yang memaksanya berehat untuk enam bulan.

Dia dalam mesej tweetnya berkata: "Saya sangat gembira menandatangani kontrak dengan Arsenal. Bagaimanapun, fikiran saya sekarang tertumpu kepada perlawanan menentang Greece pada Jumaat ini. Terima kasih atas sokongan anda."

Artikel Lain