Azizulhasni Giat Jalani Latihan Ringan Walaupun Masih Kesakitan - Sukan | mStar

Azizulhasni Giat Jalani Latihan Ringan Walaupun Masih Kesakitan

MELBOURNE: Meskipun masih kesakitan akibat kecederaan, jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang tetap giat melakukan latihan ringan di sekitar kawasan perumahannya di sini.

Selain itu, beliau juga menjalani latihan bahagian atas badan bagi mengekalkan kecergasan.

Doktor menasihatkan supaya berehat kira-kira sebulan sebelum dibenarkan menjalani latihan bahagian bawah badan di gimnasium, katanya kepada Bernama di sini.

"Sekarang kayuh pusing-pusing kawasan rumah," katanya yang kini dalam proses pemulihan setelah cedera dalam kemalangan semasa kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di Manchester bulan lepas.

Memandangkan beliau masih dalam proses pemulihan, pelumba itu akan terlepas peluang daripada menyertai kejohanan basikal dunia di Apeldoorn, Belanda, bulan ini.

"Disebabkan saya cedera, tugas mengalas cabaran negara akan diserahkan pada rakan-rakan," katanya.

Ditanya bilakah beliau boleh kembali berlumba, katanya beliau tidak pasti.

Mohd Azizulhasni, pelumba dari Terengganu mendapat perhatian dunia apabila beliau bukan sahaja muncul juara keseluruhan acara keirin pada kejohanan dunia itu tetapi turut membanggakan apabila berjaya menduduki tempat ketiga acara itu dalam mengalami keadaan kecederaan.

Beliau terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan serpihan kayu sepanjang 20 sentimeter tertusuk di betis kirinya sewaktu menyertai kejohanan itu.

Biarpun betisnya masih tertusuk serpihan kayu itu, Mohd Azizulhasni bingkas menunggang semula basikalnya untuk menamatkan perlumbaan dan meraih pingat gangsa, memastikannya terus mengungguli ranking pertama Siri Klasik Piala Dunia.

Dia dirawat di hospital di sini dan menjalani pembedahan kecil untuk mengeluarkkan kayu tersebut dari betis kirinya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika dalam rangka lawatan ke Australia pada Jumaat menyifatkan Mohd Azizulhasni sebagai tokoh ikon yang sebenarnya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Ancelotti Minta Luiz Lebih Tenang

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Blok Azmin sertai Bersatu - Sumber