Groth Ketepikan Doi Mara Ke Saingan Suku Akhir - Sukan | mStar

Groth Ketepikan Doi Mara Ke Saingan Suku Akhir

KUALA LUMPUR: Pemain tenis dari Australia, Jarmila Groth menempah tiket ke saingan suku akhir selepas menewaskan pemain dari Jepun, Misaki Doi pada perlawanan pusingan kedua Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia BMW 2011 di Kelab Equestrian,Bukit Kiara pada Khamis.

Pemain pilihan keempat kejohanan ini terpaksa bekerja keras mengetepikan Doi dengan keputusan 7-6 (6),6-3 bagi memastikan kedudukan selesa mara dalam kelompok lapan terbaik sebelum bertemu seorang lagi pemain dari Jepun, Ayumi Morita.

Bermain dalam cuaca yang panas bukanlah mudah bagi Groth yang kerap melakukan kesilapan ketika berhadapan Doi pada awal perlawanan dengan ketinggalan 1-4, namun bangkit melakukan hantaran kencang dan mengejar mata sekali gus mencatat kemenangan tersendiri.

Turut mara ke saingan suku akhir pada Jumaat termasuk Dokic Jelena (Aus) yang akan bertemu Bojana Jovanovski (Serbia), Bartoli Marion (Perancis) lwn Safarova Lucie (Cze) dan Anne Kremer (Lux) lwn Kleybanova Alisa (Rus).

Kejohanan yang menawarkan hadiah lumayan AS$220,000 (RM669,000) ini menggunakan format kalah mati dengan menampilkan 32 pemain perseorangan dan 16 beregu yang telah membuka tirainya pada 28 Februari lalu dan saingan akhir akan diadakan pada 6 Mac ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Harimau Muda A Tewas Kepada Johor

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain