suria

Rossi Catat Masa Terpantas Pada Latihan Pertama

SEPANG: Penunggang Fiat Yamaha Team, Valentino Rossi mencatatkan masa terpantas dalam sesi latihan bebas Shell Advance Grand Prix Malaysia di Litar Sepang di sini Jumaat.

Rossi, 31 mencatatkan masa terbaiknya 2 min 2.724 saat menunggang Fiat Yamaha M1.

"Ia satu lagi permulaan yang baik untuk kita di sini. Saya berasa selesa menunggang motosikal dan setakat ini bahu saya ok, di sini.

"Kita yakin bahawa kita akan mampu sedikit lagi pembaikan esok dan dalam dalam keadaan baik untuk mencari barisan hadapan esok," kata Rossi.

Mengekori paling dekat penunggang Repsol Honda Team, Andrea Dovizioso dari Itali, yang ketinggalan 0.109s daripada Rossi dengan 2:02.833s.

Pendahulu kejohanan dan rakan pasukan Rossi, Jorge Lorenzo dari Sepanyol tamat dalam kedudukan ketiga dengan masa 2:02.898s.

Casey Stoner dari Ducati Marlboro Team Australia dan Alvaro Bautista dari Rizla Suzuki MotoGP team Sepanyol masing-masing tamat dengan kedudukan lima teratas dengan 2:03.160s dan 2:03.338s.

Sesi latihan bebas pertama MotoGP berlangsung dalam keadaan panas dan lembap pada suhu 38 darjah Celcius, sementara permukaan trek dalam 54 darjah Celcius. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain