suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Giggs Terpaksa Berehat

PEMAIN tengah veteran Manchester United, Ryan Giggs bakal direhatkan menjelang saingan Liga Jura-juara (CL) selepas mengalami kecederaan otot paha ketika aksi menentang Bolton, Ahad.

“Ryan mengalami kecederaan serius yang berkaitan dengan paha dan dia terpaksa direhatkan lebih kurang dua minggu.

“Manakala Wayne pula, saya pasti dia akan pulih menjelang Rabu ini,” kata pengurus United, Sir Alex Ferguson dalam satu kenyataan.

Wayne Rooney turut mengalami kecederaan buku lali pada perlawanan yang menyaksikan United seri 2-2 menentang Bolton pada saingan Liga Perdana Inggeris.

Ferguson yakin penyerang England itu akan bersedia bertemu Valencia dalam Kumpulan C.

Manakala seorang lagi pemain pertahanan yang diketepikan sebelum ini gara-gara kecederaan, Rio Ferdinand dijangka akan turun beraksi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain