suria

Van Der Vaart Akui Sukar Tolak Tawaran Liverpool, Chelsea

PEMAIN tengah Real Madrid, Rafael van der Vaart (gambar) mengakui sukar untuk menolak tawaran daripada Liverpool atau Chelsea.

Van Der Vaart tidak menjadi pilihan utama di Bernabeu dan sentiasa dikaitkan akan meninggalkan Madrid.

The Daily Star melaporkan pemain berusia 27 tahun itu kini memasang impian untuk menyertai kelab gergasi England.

"Saya ada menerima tawaran daripada Liverpool dan Chelsea. Sudah tentu saya berbangga. Saya berharap agar perpindahan itu akan diselesaikan dalam tempoh dua minggu lagi.

"Jika Chelsea atau Liverpool mahu berbincang, saya akan mendengar apa yang ingin mereka perkatakan. Andai mereka memberi jaminan saya akan diturunkan dalam skuad utama, saya tidak akan teragak-agak untuk menerima tawaran itu," katanya.

Bekas pemain Ajax dan Hamburg itu memberitahu dia gembira berada di Madrid tetapi tempat dalam kesebelasan utama menjadi pilihannya ketika ini.

Andai perkara itu tidak berubah, dia berkemungkinan besar akan meninggalkan La Liga.

"Real Madrid adalah kelab terkemuka di dunia. Saya gembira berada di sini dan juga Sepanyol. Tetapi melihat kepada usia saya ketika ini, saya mahu kerap beraksi bersama pasukan," tambahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain