suria

Cole Sertai Liverpool Selama Empat Tahun

LIVERPOOL menyempurnakan perpindahan pemain tengah England, Joe Cole (gambar) dari Chelsea dengan kontrak selama empat tahun.

"Kelab Bolak Sepak Liverpool dengan bangganya mengesahkan perpindahan Joe Cole ke Anfield selama empat tahun. Dia bersetuju dengan syarat peribadi bersama The Reds dan akan menjalani pemeriksaan kesihatan dalam tempoh 48 jam," kata kelab itu dalam laman web mereka.

Cole, 28, adalah pemain kedua yang dibeli Liverpool pada musim panas ini selepas pembelian Milan Jovanovic dari Standard Liege juga secara perpindahan percuma.

Kehadiran Cole sedikit sebanyak membawa berita gembira buat pengurus baru The Reds, Roy Hodgson yang sedang berusaha untuk memujuk Steven Gerrard, Fernando Torres dan Javier Mascherano untuk kekal selepas prestasi mengecewakan kelab itu musim lalu.

Cole pernah menjuarai tiga trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan dua Piala FA ketika tujuh tahun di Stamford Bridge.

Dia juga boleh menyertai mana-mana kelab selepas kontraknya bersama Chelsea tamat dan juara EPL itu enggan memenuhi gaji yang dimintanya.

Awal bulan ini, Liverpool menjual pemain tengah Yossi Benayoun ke Chelsea dan posisi yang ditinggalkannya itu akan diisi Cole.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain