suria

Kami Masih Ada Peluang: Benitez

Gerrard meraikan gol jaringannya di Turf Moor malam tadi. Foto AFP
Gerrard meraikan gol jaringannya di Turf Moor malam tadi. Foto AFP
Gerrard meraikan gol jaringannya di Turf Moor malam tadi. Foto AFP

LONDON: Pengurus Liverpool, Rafael Benitez yakin saingan untuk merebut tempat keempat masih lagi terbuka pada ketika ini.

Kemenangan 4-0 ke atas Burnley adalah yang pertama daripada lapan perlawanan di gelanggang lawan tahun ini dan memastikan peluang untuk melangkah ke saingan Liga Juara-juara Eropah musim depan secara matematiknya boleh berlaku.

Penghuni tempat keempat, Tottenham Hotspurs berada di depan dengan 64 mata, kurang satu perlawanan dan Liverpool perlu memenangi dua baki perlawanan musim ini selain berharap Spurs, Manchester City dan Aston Villa kecundang pada aksi kemuncak itu kelak.

Perlawanan getir sudah semestinya bertumpu kepada pertemuan antara City dan Aston Villa di Eastlands pada Sabtu ini sebelum menentang Spurs empat hari kemudian.

"Saya yakin kami ada masih ada peluang. Jadi kami akan mencuba. Kami tahu Spurs dan City masih ada satu perlawanan dalam tangan tetapi kami semakin menghampiri mereka.

"Mungkin keputusan terbaik untuk kami adalah berharap agar mereka terikat seri. Jika kami menamatkan perlawanan dengan 68 mata, kami ada peluang disebabkan perbezaan gol," katanya.

Dua gol jaringan kapten Steven Gerrard, rembatan cantik Maxi Rodriguez dan gol saat-saat akhir Ryan Babel menyebabkan Burnley tersingkir daripada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan, malam tadi.

Beliau berasa bangga kerana melihat Gerrard kembali mengisi senarai jaringan untuk The Reds dan Rodriguez akhirnya membuka akaunnya di Anfield selepas berhijrah dari Atletico Madrid pada awal tahun ini.

"Stevie perlu mencipta gol. Ia bagus untuknya dan juga pasukan," kata Benitez.

Artikel Lain