suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

400 Pelajar Malaysia Sertai Sukan Antara Universiti Di Melbourne

MELBOURNE: Lebih 400 pelajar Malaysia termasuk 60 sukarelawan mengambil bahagian dalam sukan antara universiti anjuran Majlis Pelajar Malaysia di Australia cawangan Victoria pada hujung minggu ini.

Pelajar Malaysia dari universiti-universiti di Negeri Victoria mengambil bahagian dalam pertandingan bola jaring, badminton, bola tampar, skuasy, ping pong, bola keranjang dan tenis yang berlangsung di Pusat Sukan dan Bola Jaring RMIT University Bundoora di sini.

Juara dan pasukan yang menang akan mengambil bahagian dalam sukan peringkat kebangsaan bagi pelajar Malaysia di Canberra, dari 12 hingga 15 Julai.

Penganjuran sukan itu yang diterajui Syafiq Mohamed Nassir, Chin Hon Weng dan Gajanayagam Jeyasundram, berlangsung dalam semangat 1Malaysia yang mendapat pujian penonton dan pegawai universiti.

Gajanayagam berkata sukan itu mempromosikan nilai-nilai penerimaan dan kecemerlangan yang diperjuangkan dalam 1Malaysia. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jadual Liga Perdana Inggeris

Artikel Lain