suria

Wenger Salahkan Sikap Pemain Punca Tewas

N'Zogbia (kanan) menjaringkan gol ketiga untuk Wigan di Stadium DW, Wigan malam tadi. Foto - AFP/ANDREW YATES
N'Zogbia (kanan) menjaringkan gol ketiga untuk Wigan di Stadium DW, Wigan malam tadi. Foto - AFP/ANDREW YATES
N'Zogbia (kanan) menjaringkan gol ketiga untuk Wigan di Stadium DW, Wigan malam tadi. Foto - AFP/ANDREW YATES

LONDON: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menyalahkan persembahan anak buahnya kerana kurang berdisiplin dan hilang fokus selepas impiannya untuk memburu gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini dilenyapkan oleh tiga gol dramatik Wigan Athletic pada babak kedua.

The Gunners kelihatan sudah terlambat untuk menyaingi Manchester United dan Chelsea walaupun mendahului saingan di Stadium DW dengan 2-0 sebelum Wigan menjaringkan tiga gol dalam 10 minit terakhir.

Kemenangan Wigan dianggap sebagai satu kejayaan besar dalam sejarah EPL.

Rembatan pertama, Ben Watson meletakkan Latics kembali dalam saingan pada minit ke-80, diikuti kesilapan yang dilakukan penjaga gol, Lukasz Fabianski ketika sambutan hari lahir ke-25nya malam tadi.

Bola sepakan sudut Charles N'Zogbia terlepas dari tangannya dan memberi peluang kepada Titus Bramble untuk mengikat kedudukan.

N'Zogbia meledakkan gol kemenangan untuk pasukan tuan rumah pada minit-minit kecederaan dan meninggalkan anak buah Wenger dengan kekalahan paling mengecewakan pada musim ini.

"Saya percaya kami tiada disiplin, hilang fokus dan terperangkap. Dalam bola sepak, anda perlu sentiasa fokus selama 90 minit. Jika tidak anda akan berdepan risiko dihukum," kata Wenger.

Walaupun Arsenal mendahului perlawanan dengan 2-0, Wenger tidak menganggap saingan sudah tamat.

Dia melihat pasukan kendaliannya itu mengalami kesukaran dalam menguasai bola apatah lagi mencipta peluang lain.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain