suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terengganu Hambat Dekatkan Jurang Dengan Selangor

KUALA LUMPUR: Johor FC menghambat pendahulu liga, Selangor selepas mengutip tiga mata apabila berjaya menumpaskan Terengganu 2-0 pada perlawanan di Stadium JCorp malam tadi.

Johor FC yang kini mengumpul 22 mata daripada 10 perlawanan, terus mengejar Selangor yang kini mendahului empat mata di hadapan setelah mengharungi 11 perlawanan.

Gol-gol bagi Johor FC dijaringkan oleh Helmi Abdul Manan pada minit ke-56, dan Mohd Fazuan pada minit ke-88.

Sementara itu, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pasukan Kelantan bangkit dengan kemenangan 3-1 ke atas Negeri Sembilan.

Gol pertama Kelantan disumbangkan oleh Indra Putra M ahyuddin pada minit ke-29, Daud Jamaluddin (minit ke-55) dan Badri Razi (minit ke-79).

Gol tunggal Negeri Sembilan dijaringkan oleh Shukor Adan pada minit ke-76.

Di Stadium Cheras, pasukan pelawat, Kedah menang tipis 2-0 ke atas Kuala Lumpur.

Gol-gol Kedah adalah sumbangan Shafiq Jamal pada minit ke-21 dan Khyril Muhaimin (minit ke-71).

Di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya MBPJ), Perlis menang tipis 2-1 ke atas KL Plus.

Di Pahang, Johor menewaskan tuan rumah 1-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur.

Di Terengganu, T-Team menumpaskan Pulau Pinang 1-0 pada perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Gol tunggal T-team dijaringkan oleh Abdul Hadi Yahya minit ke-59. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain