suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kejohanan Bola Jaring Asia: Sri Lanka muncul juara tewaskan Singapura

KUALA LUMPUR: Sri Lanka muncul juara setelah menewaskan penyandang juara Singapura 77-48 dalam perlawanan akhir Kejohanan Bola Jaring Asia ke-7 di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini.

Kejuaraan itu merupakan yang keempat bagi Sri Lanka dalam tempoh lapan tahun, yang kali terakhir mereka menang ialah pada 2001. Mereka juga muncul juara kejohanan pada 1990 dan 1997 dan menjadi naib juara pada 1985 dan 1993.

"Kemenangan tahun ini adalah penting kerana ia akan menyemarakkan semangat kami untuk memperbaiki ranking dunia kami untuk layak ke Kejohanan Komanwel di India tahun depan," kata jurulatih Sri Lanka, Thilaka Jinadasa.

Sri Lanka banyak bergantung kepada penjaring tinggi lampainya Tharjani Sivalingam dan pemain penyerang Shashika Samarasinghe untuk menghasilkan jaringan.

Pada perlawanan akhir itu, Tharjini membuat 74 jaringan sementara Shashika tiga jaringan.

Tharjini juga diumumkan penjaring gol terbanyak selepas 10 hari kejohanan dengan membuat keseluruhan 380 jaringan, diikuti dua pemain Malaysia di tempat kedua dan ketiga iaitu S. Aruna (152) dan Norashikin Kamal Zaman (128).

Kedudukan pasukan: 1. Sri Lanka

2. Singapura

3. Malaysia

4. Thailand

5. Hong Kong

6. Taiwan

7. India

8. Maldives

9. Pakistan BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain