suria

Futsal: Thailand tewaskan Malaysia 7-3

KUALA LUMPUR: Hasrat Malaysia untuk ke separuh akhir Kejohanan Futsal Asean 2009 tidak kesampaian apabila tewas 3-7 kepada Thailand dalam saingan Kumpulan A di Ho Chi Minh City, Vietnam semalam.

Malaysia yang kehilangan khidmat dua penjaga gol kerana penggantungan terpaksa menggunakan khidmat pemain pertahanan Mohd Fairuz Mohd Noor sebagai penjaga gol.

Kedua-dua penjaga gol Malaysia Mohd Firdaus Razali dan Devandran Supramaniam dilayangkan kad merah ketika tewas kepada Indonesia dengan jaringan yang sama semalam.

"Dia sudah biasa bermain sebagai pemain pertahanan, saya tak boleh salahkan dia kalau dia tak boleh beraksi dengan baik sebagai penjaga gol," kata pengurus pasukan Malaysia Hamidin Mohd Amin ketika dihubungi.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A, Indonesia menumpaskan Myanmar 3-2 untuk mendahului pungutan mata kumpulan bersamasama Thailand.

Hari ini, Malaysia bakal bertemu Myanmar sementara Thailand dijadualkan bertemu Indonesia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Perlawanan separuh akhir dijadualkan berlangsung pada 12 Jun sementara perlawanan peringkat akhir pada 14 Jun. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain