suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Setiausaha Agung OIC dapat gelaran Tan Sri

DUBAI: Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan menganugerahkan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Prof Ekmeleddin Ihsanoglu.

Ihsanoglu akan menerima anugerah itu yang membawa gelaran "Tan Sri" pada istiadat di Istana Negara Sabtu ini, menurut satu kenyataan.

"Penganugerahan gelaran ini merupakan pengiktirafan terhadap khidmat dan sumbangan setiausaha agung itu kepada Malaysia dan kepimpinan cemerlang beliau dalam OIC bagi memelihara nilainilai Islam, sosial dan ekonomi serta memupuk persaudaraan Islam di kalangan negara anggota OIC," kata kenyataan itu.

Pertubuhan 57 anggota yang berpejabat di Jeddah itu mewakili 1.5 bilion umat Islam di seluruh dunia. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain