suria

FINAL PIALA FA: SELANGOR JUARA DENGAN TENDANGAN PENALTI

BEBERAPA pemain pasukan Selangor bersama piala yang dimenangi setelah menjuarai perlawanan Akhir Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Selangor berjaya menewaskan Kelantan dengan 4-1 hasil sepakan penalti pada perlawanan itu. --fotoBERNAMA
BEBERAPA pemain pasukan Selangor bersama piala yang dimenangi setelah menjuarai perlawanan Akhir Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Selangor berjaya menewaskan Kelantan dengan 4-1 hasil sepakan penalti pada perlawanan itu. --fotoBERNAMA
BEBERAPA pemain pasukan Selangor bersama piala yang dimenangi setelah menjuarai perlawanan Akhir Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Selangor berjaya menewaskan Kelantan dengan 4-1 hasil sepakan penalti pada perlawanan itu. --fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Selangor berjaya menamatkan kemarau tiga tahun tanpa memiliki sebarang piala utama dalam Liga Malaysia apabila menumpaskan Kelantan 4-1 melalui sepakan penalti setelah kedudukan terikat 11 sama pada perlawanan akhir Piala FA yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Seperti yang dijangka perlawanan Kelantan dan Selangor yang disaksikan kira-kira 85,000 penyokong 'Red Giants' dan 'The Red Warriors' berlangsung sengit apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Pada babak pertama, Selangor yang mempertaruhkan gandingan Mohd Safee Sali dan Rudie Ramli di barisan serangan seharusnya menyalahkan diri sendiri apabila gagal menyempurnakan beberapa peluang keemasan yang terhidang untuk menjaringkan gol.

Namun pujian juga seharusnya dihamburkan kepada penjaga gol Kelantan, Mohd Shahrizan Ismail yang jelas mempamerkan kematangan di dalam permainannya walaupun merupakan penjaga pilihan kedua Kelantan pada awal musim.

Peluang terbaik Kelantan pula hadir pada minit ke-28 apabila percubaan luar kotak penalti Indra Putra Mahayuddin mengegar palang gol walaupun telah berjaya menewaskan penjaga gol lawan, Mohd Hamsani Ahmad.

Bersambung babak kedua tanpa sebarang jaringan Kelantan terus mengatur gerakan dan hampir menjaringkan gol pendahuluan melalui tandukan Ahmad Ezrie Shafizie Sazali namun tersasar.

Selangor yang terdesak untuk mencari gol memasukkan pemain kebangsaan, Amirulhadi Zainal dan mengeluarkan R. Surendran pada minit ke-57 namun gagal mengubah corak pemainanan skuad Red Giants yang terus di asak Kelantan.

Kelantan yang dilatih Peter James Butler terus dihidangkan dengan beberapa peluang untuk menggegar jaring lawan namun dihampakan dengan ketangkasan Hamsani.

Perlawanan bagaimanapun terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan setelah keduadua pasukan terikat tanpa jaringan pada 90 minit permainan sebenar. Penguasaan Kelantan akhirnya diterjemahkan dengan gol pada minit ke-93 melalui tandukan Mohd Norfarhan Mohammad di sebelah kiri pintu gol Selangor setelah menerima hantaran Mohd Badri untuk menewaskan Mohd Hamsani di gawang gol.

Namun gol itu hanya bertahan selama lapan minit apabila kapten Selangor, Mohd Amri Yahyah yang juga dipilih pemain terbaik perlawanan menanduk masuk bola hantaran D.Surendren untuk menewaskan Mohd Shahrizan bagi menyamakan kedudukan.

Setelah tamat 30 minit masa tambahan, kedua-dua pasukan masih gagal mencari gol penentuan yang akhirnya terpaksa menentukan kemenangan ditentukan dengan sepakan penalti.

Tuah dan pengalaman nyata milik Selangor apabila dua pemain Kelantan iaitu Indra Putra dan Zairul Fitree Ishak gagal menyempurnakan sepakan penalti manakala semua empat pemain Selangor berjaya menyempurnakannya untuk keputusan 41.

Kemenangan ini membolehkan Selangor menjuara Piala FA sebanyak lima kali sejak mula dipertandingkan pada 1990. BERNAMA

BERITA TERDAHULU

[DIKEMAS KINI, 11.50 MALAM]KUALA LUMPUR: Naib juara tahun lalu, Selangor muncul juara kejohanan Piala FA di Stadium Bukit Jalil di sini malam tadi.

Selangor memenangi kejuaraan buat kali ketiga sejak tahun 2000 menerusi tendangan penalti.

Pasukan bimbingan K. Devan ini menyempurnakan kesemua empat sepakan penalti pertama.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1- apabila permainan 120 minit termasuk masa tambahan berakhir.

Terdahulu Selangor menyamakan kedudukan pada minit ke-10 selepas Kelantan mendahului 1-0 sejak minit kedua waktu tambahan pertama.

Masa penuh: Selangor 0 Kelantan 0

Masa tambahan: Selangor 1 Kelantan 1

Penjaring: Kelantan Mohd Nor Farhan Muhammad (minit ke-93)

Selangor Mohd Amri Yahyah (minit ke-101)

Barisan Pemain:

SELANGOR: Mohd Hamsani Ahmad, Mohd Razman Roslan (Mohd Asraruddin Omar), Mohd Khairul Anuar Baharum, Mohd Nasriq Baharom, D. Surendran, Mohd Hardi Jaafar, Mohd Amri Yahyah, C. Premanath, Rudie Ramli, R. Surendran (Mohd Amirulhadi Zainal), Mohd Safee Mohd Sali.

KELANTAN: Mohd Shahrizan Ismail, Sharudy Aziz, Zairul Fitree Ishak, Mohd Zamri Ramli (Mohd Hanif Mohamed Nor), Mohd Rizal Fahmi Ab. Rosid (Che Hisamuddin Hassan), Mohd Badhri Mohd Radzi, Mohd Farisham Ismail, Ahmad Ezrie Shafizie Sazali,Indra Putra Mahayuddin, Mohd Nor Farhan Muhammad (Wan Zaman Wan Mustapha), Muhammad Khalid Jamlus. Pengadil: Subkhiddin Md Salleh

BERITA TERDAHULU

[DIKEMAS KINI, 11.25 MALAM] KUALA LUMPUR: Pasukan Kelantan dan Selangor masih terikat 1-1 selepas permainan masa tambahan berakhir. Terdahulu Selangor menyamakan kedudukan pada minit ke-10 selepas Kelantan mendahului 1-0 sejak minit kedua waktu tambahan pertama. Kedua-dua pasukan sedang berentap dalam masa tambahan.

Tendangan penalti akan menentukan juara.

BERITA TERDAHULU

[DIKEMAS KINI, 11.03 MALAM] KUALA LUMPUR: Pasukan Kelantan dan Selangor kini seri 1-1 ketika permainan masuk waktu tambahan. Selangor menyamakan kedudukan pada minit ke-10 selepas Kelantan mendahului 1-0 sejak minit kedua waktu tambahan pertama. Kedua-dua pasukan sedang berentap dalam masa

BERITA TERDAHULU

[DIKEMAS KINI, 10.56 MALAM] KUALA LUMPUR: Pasukan Kelantan sedang mendahului 1-0 ke atas Selangor dalam permainan waktu tambahan.

Kedua-dua pasukan akan berentap dalam masa tambahan.

Gol dijaringkan oleh Mohd. Nor Farhan pada minit 2.45 waktu tambahan.

BERITA TERDAHULU

[DIKEMAS KINI, 10.50 MALAM] KUALA LUMPUR: Pasukan Selangor dan Kelantan terikat seri 0-0 selepas separuh masa kedua berakhir.

Kedua-dua pasukan akan berentap dalam masa tambahan.

Kedudukan sehingga 90 minit pertama ialah seri 0-0.

BERITA TERDAHULU

[DIKEMAS KINI, 10.40 MALAM] KUALA LUMPUR: Pasukan Selangor dan Kelantan terikat seri 0-0 sehingga minit ke-80.

Kini separuh masa kedua berlangsung - bermula pukul 10 malam - kedudukan masih 0-0 setakat minit ke-80.

BERITA TERDAHULU

KUALA LUMPUR: Pasukan Selangor dan Kelantan terikat seri 0-0 sehingga separuh masa pertama berakhir. Kini separuh masa kedua berlangsung - bermula pukul 10 malam - kedudukan masih 0-0 setakat minit ke-60.

Artikel Sebelum

Artikel Lain