suria

Liga Perdana: Hiddink akui peluang Chelsea kuasai takhta berakhir

LONDON: Guus Hiddink mengakui bahawa cabaran pasukannya, Chelsea untuk menguasai takhta Liga Perdana Inggeris sudah pun berakhir selepas pasukan itu terikat tanpa sebarang jaringan gol dalam perlawanan dengan Everton hari ini.

Barisan Hiddink ketinggalan enam mata di belakang Manchester United ekoran keputusan awal pagi tadi (waktu Malaysia) manakala pasukan pimpinan Alex Ferguson pula memperluaskan penguasaan dengan kelebihan sembilan mata.

Manchester United menewaskan Portsmouth 2-0.

Kedua-dua perlawanan berlangsung hampir waktu yang sama.

Dengan perkembangan terbaru, Chelsea meletakkan harapan terhadap gelaran Juara-juara Liga dan Piada FA.

Dalam pusingan pertama separuh akhir, ia akan bertemu dengan Barcelona dan menentang Everton dalam perlawanan Piala FA bulan depan.

"Kami telah mengatakan dari awal bahawa kedua-dua pasukan yang mengejar Manchester United tidak harus membazirkan sebarang mata untuk menghidupkan peluang. Hakikatnya kami telah kehilangan dua mata," katanya.

"Kami perlu realistik. Kemungkinan dari segi matematik masih ada satu peluang tetapi dari satu lagi segi, anda tidak boleh membazir sebarang mata," katanya.

Sambil mengakui keadaannya semakin sukar, beliau menambah: "Sekarang kita kena memfokus pada usaha menghadapi perlawanan Juara-juara Liga dan kemudian menghadapi Everton merebut Piala FA." AFP

Artikel Lain