suria

Anuar Manan realisasi sasaran raih kemenangan di negeri kelahiran

PELUMBA negara yang mewakili Azad Universiti, Anuar Manan (tengah) menjuarai peringkat keempat dari Pasir Mas, Kelantan ke Kuala Terengganu pada Kejohanan Jelajah Malaysia 2009 hari ini. Tempat kedua dimenangi pelumba dari pasukan Doha Rafai Chtioui (kiri) dan pelumba dari pasukan Polygon Sweetnice, Sergey Kudentsov. Seramai 120 pelumba daripada 21 pasukan mengambil bahagian pada kejohanan yang berlangsung pada 19 hingga 26 April ini. -- fotoBERNAMA

KUALA TERENGGANU: Pelumba pecut kebangsaan, Anuar Manan hari ini merealisasikan sasaran peribadinya untuk memenangi peringkat keempat perlumbaan Jelajah Malaysia 2009 (2009) di negeri kelahirannya, Terengganu.

Beliau mencatatkan masa empat jam, sembilan minit dan 21 saat untuk mengungguli perlumbaan peringkat keempat sejauh 177.5km dari Pasir Mas ke Kuala Terengganu.

Anuar, 23, anak kelahiran Kuala Ibai, melakukan henjutan bertenaga semasa menghampiri garisan penamat untuk mengatasi pencabarnya Rafai Chtioui daripada Doha Team dan Sergey Kudenstov daripada pasukan Polygon Sweetnice dengan sorakan ribuan penyokong tempatan.

"Saya memang sasarkan untuk menang peringkat ini.

"Saya berterima kasih kepada rakanrakan dalam pasukan saya yang banyak membantu sejak dari perlumbaan (peringkat empat) untuk merealisasikannya, walaupun saya tidak menang apaapa mata untuk kategori pecutan hari ini.

"Pada hari ini, perlumbaan agak mencabar juga walaupun banyak laluan landai. Banyak pelumba yang melepaskan diri daripada kelompok besar sejak dari awal perlumbaan," kata Anuar.

Pelumba yang mewakili pasukan Azad University Continental Team itu, kembali ceria untuk meneruskan impiannya bagi melakukan hatrik dalam meraih Jersi Hijau selaku pemenang keseluruhan untuk kategori pecut.

Anuar mula mewakili pasukan benua negara LeTua Cycling Team pada JM2007 sebelum menyertai skuad kebangsaan pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTDL), Februari lepas.

Beliau kemudiannya dilamar pasukan dari Iran itu sebaik tamat LTdL selaku pakar pecut untuk memperkuatkan pasukan itu pada edisi kali ini.

"Saya melihat masih ada peluang untuk menang (Jersi Hijau) buat kali ketiga.

"Strategi saya selepas ini ialah untuk terus mengutip mata pada setiap peringkat. Pelumbaan kali ini banyak pakar pecut tapi saya masih yakin," katanya.

Pemenang Jersi Hijau setakat ini masih tidak berubah dan masih menjadi milik pelumba terbaik keseluruhan JM2007, Mehdi Sohrabi (Iran) daripada pasukan Tabriz Petrochemical Team.

Begitu juga dengan perebutan Jersi Polka Dot Merah yang setakat ini masih dipegang pelumba sepasukan Anuar, Abbas Saeiditanha dari Iran.

Sementara itu, Suhardi Hassan mengekalkan Jersi Putih selaku pelumba terbaik Malaysia pada edisi pelumbaan kali ini.

"Peringkat keempat hari ini hanya melibatkan laluan landai. Sebagai strategi untuk mempertahankan Jersi Putih, saya berusaha untuk berada dalam kelompok pertama.

"Saya kini perlu berhatihati untuk terus kekalkan jersi ini kerana perbezaan masa dengan pencabar saya setakat ini hanya empat minit sahaja," katanya.

Dalam perebutan Jersi Putih setakat ini menyaksikan rakan sepasukan Suhardi, Wan Mohd Najmee Wan Mohamad dan Mohd Shahrul Mat Amin dari pasukan Terengganu Toshiba Bike Labz mengekori beliau dengan perbezaan empat minit 11 saat.

Saingan bagi pasukan Malaysia hari ini menyaksikan tiada perubahan.

Pasukan kebangsaan masih mendahului dengan masa terkumpul 51'12:56s diikuti Le Tua Cycling Team dan Terengganu Toshiba Bike Labz dengan masing-masing mencatatkan masa 51'15:07s dan 51'35:40s.

Bagi kedudukan pasukan keseluruhan, Azad University Continental Team mengungguli kedudukan teratas dengan masa terkumpul setakat peringkat keempat ialah 50 jam, 33 minit dan 53 saat dan dipisahkan hanya kira-kira 34 saat daripada pencabar terdekat Tabriz Petrochemical Team yang mengumpul 50'34:27s.

Sementara pasukan Ride Sport Racing di tempat ketiga dengan masa terkumpul 50'50:54s.

Perlumbaan peringkat kelima esok melibat jarak terjauh dalam edisi kali ini iaitu 1995.5km dari Kuala Terengganu ke Kuantan, Pahang.

Sekali lagi pada peringkat kelima ini tidak melibatkan sebarang pendakian dan ia membuka peluang kepada pelumba-pelumba pecut mengutip mata maksimum di sini.

Sebanyak tiga zon pecutan diletakkan di Jambu Bongkok, Dungun dan Chukai sebelum pelumba menamatkan saingan di Kuantan. BERNAMA

Artikel Lain