suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rajagobal jurulatih baru skuad kebangsaan

Jurulatih skuad Bawah 23 tahun kebangsaan, K.Rajagobal (kanan) dilantik sebagai jurulatih skuad kebangsaan bagi menggantikan B. Sathianathan yang diminta berhenti pada 1 Februari lepas.

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan pelantikan jurulatih skuad Bawah 23 tahun kebangsaan, K.Rajagobal sebagai jurulatih skuad kebangsaan bagi menggantikan B.Sathianathan yang diminta berhenti pada 1 Feb lepas.

Pelantikan Rajagobal itu diumumkan Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad pada satu sidang media di ibu pejabat badan induk bola sepak negara di Kelana Jaya di sini hari ini.

Media sebelum ini menyenarai pendek tiga jurulatih tempatan yang berkaliber dalam menerajui pasukan masing-masing dalam kancah Liga Malaysia selepas Presiden FAM Sultan Ahmad Shah membuat perakuan untuk memberi keutamaan kepada calon tempatan.

Mendahului senarai ialah Mohd Azrai Khor Abdullah (Kedah), K.Devan (Selangor) dan Dollah Salleh (Shahzan Muda).

"Pelantikan Rajagobal mendapat restu daripada Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah dan Rajagobal sendiri mengaku menerima tanggungjawab tersebut," kata Redzuan dalam sidang media tersebut.

Artikel Sebelum

Sports Digest

Artikel Lain