SHANGHAI: Pemandu Jerman, Sebastian Vettel yang semalam meraih petak depan Grand Pix China julung kali buat pasukan Red Bull dalam sejarah Formula Satu, meneruskan keunggulan hari ini dengan menyumbang kemenangan sulung bagi pasukan itu.
Vettel merekodkan kemenangan kerjayanya dengan muncul juara 10.9 saat lebih awal berbanding rakan sepasukannya, Mark Webber yang turut mencatatkan perlumbaan terbaik bagi dirinya.
Dalam litar yang basah, Jenson Button, yang kini mengetuai kedudukan kejuaraan dengan memperluaskan penerajuaan iaitu enam mata selepas tiga perlumbaan, menduduki tempat ketiga.
Rakan sepasukan Button, Rubens Barrichello pula menduduki tempat keempat. AP
Kedudukan Pemandu dan Pengeluar:
1. Sebastian Vettel (Jerman/Red Bull) 1 jam 57 minit 43.485saat
2. Mark Webber (AUS/Red Bull) di 10.970
3. Jenson Button (Jerman/Brawn) di 44.975
4. Rubens Barrichello (Brazil/Brawn) di 1:03.704
5. Heikki Kovalainen (Finland/McLaren) di 1:05.102
6. Lewis Hamilton (Britain/McLaren) di 1:11.866
7. Timo Glock (Jerman/Toyota) di 1:14.476
8. Sebastien Buemi (Sui/Toro Rosso) di 1:16.439
9. Fernando Alonso (Sepanyol/Renault) di 1:24.309
10. Kimi Raikkonen (Finland/Ferrari) di 1:31.750
11. Sebastien Bourdais (Perancis/Toro Rosso) di 1:34.156
12. Nick Heidfeld (Jerman/BMW Sauber) di 1:35.834
13. Robert Kubica (Poland/BMW Sauber) di 1:46.853
14. Giancarlo Fisichella (Italy/Force India) di 1 pusing
15. Nico Rosberg (Jerman/Williams) di 1 pusingan
16. Nelson Piquet Jr (Brazil/Renault) di 2 pusingan
Kedudukan Keseluruhan (Mata)
Pemandu:
1. Jenson Button (Jerman) 21.0
2. Rubens Barrichello (Brazil) 15.0
3. Sebastian Vettel (Jerman) 10.0
4. Timo Glock (Jerman) 10.0
5. Mark Webber (Australia) 9.5
6. Jarno Trulli (Italy) 8.5
7. Nick Heidfeld (Jerman) 4.0
8. Fernando Alonso (Sepanyol) 4.0
9. Heikki Kovalainen (Finland) 4.0
10. Lewis Hamilton (Britain) 4.0
11. Nico Rosberg (Jerman) 3.5
12. Sebastien Buemi (Sui) 3.0
13. Sebastien Bourdais (Francis) 1.0


