5 tahun diharamkan, akhirnya ‘Banglasia’ arahan Namewee lulus LPF - Wayang | mStar

5 tahun diharamkan, akhirnya ‘Banglasia’ arahan Namewee lulus LPF

Salah satu adegan dalam 'Banglasia'.

BINTANG kontroversi Namewee berasa lega kerana filemnya, Banglasia yang diharamkan sejak 2014 ditarik balik oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Filem itu sepatutunua menemui penonton pada 30 Januari 2014 sempena Tahun Baharu Cina namun ia dilarang oleh LPF selepas mereka menemui 31 titik plot iaitu meliputi 90 peratus kandungannya tidak sesuai untuk tontonan umum.

"Saya tidak mengaku kalah kerana saya percaya filem ini dibuat untuk semua rakyat Malaysia, menceritakan sebuah harapan, cinta dan pengorbanan," kata Namewee.

Dia sebelum ini mengarahkan filem seperti Nasi Lemak 2.0 (2011), Hantu Gangster (2012), dan Kara King (2013).

Banglasia dihasilkan oleh platform hiburan media digital WebTVAsia dan diarahkan oleh Namewee yang turut berlakon dalam filem berdurasi 90-minit itu.

Namewee

Selepas perubahan kerajaan tahun lepas, pengeluar filem itu berusaha membolahkan Banglasia diluluskan untuk tayangan awam tahun ini.

Mereka akhirnya mendapat respons baik apabila ia diluluskan oleh LPF pada Selasa lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif WebTVAsia Group & Banglasia, Fred Chong berkata; “Ini merupakan kelegaan yang besar selepas lima tahun ketidakpastian.

“Kami akhirnya mendapat kelulusan rasmi dari LPF pada 12 Februari. Kami akan mengumumkan butiran lengkap mengenai siaran filem pada sidang media pada 20 Februari bersama-sama dengan Namewee,” katanya.

Filem aksi komedi ini telah ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Singapura, Festival Filem Asia New York, dan Festival Filem Asia Osaka pada 2015.

Selan Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, pelakon filem Bangladeh iaitu Nirab Hossain turut berlakon selain aktres Singapura Atikah Suhaime dan artis Malaysia iaitu Saiful Apek, David Arumugam, Ling Big Yong dan Kinki Ryusaki. - THE STAR

Banglasia , Namewee

Artikel Berikut

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?