suria

Cecah RM13.6 juta, ‘Hantu Kak Limah’ filem boxoffice tertinggi 2018

Filem Hantu Kak Limah catat sejarah apabila berjaya mengutip RM13.6 juta hanya dalam masa seminggu ia ditayangkan.

FILEM terbaharu arahan Mamat Khalid, Hantu Kak Limah sekali lagi mencipta sejarah baharu apabila memecah rekod kutipan tayangan minggu pertama iaitu sebanyak RM13.6 juta.

Pihak Astro Shaw dan Infinitus Gold dalam kenyataan pada Jumaat memberitahu ia sekali gus menjadikan filem tersebut muncul sebagai filem boxoffice nombor satu dengan kutipan tertinggi bagi filem tempatan untuk tahun 2018 setakat ini.

Hantu Kak Limah ketika ini masih ditayangkan di 146 pawagam di seluruh Malaysia termasuk Brunei dan Singapura.

Ia membariskan pelakon hebat seperti Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Azi serta penampilan istemewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.

Sementara itu, pihak penerbit mengucapkan terima kasih atas sokongan padu penonton terhadap filem itu dan berharap ia berterusan bagi memastikan Hantu Kak Limah terus ditayangkan untuk minggu akan datang.

Sebelum ini, filem itu turut memecah rekod apabila mengutip sebanyak RM1.8 juta pada hari pertama tayangannya.

Hantu Kak Limah

Artikel Lain