suria

[V] Iqbal Zulkefli hilang sabar… Ada bukti perbuatan buruk bekas adik ipar, mahu selesai di mahkamah

USAHAWAN Ahmad Iqbal Zulkefli bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas adik iparnya atas dakwaan memburukkan namanya dia media sosial.

Iqbal, 30, berkata, dia sudah hilang sabar dengan perbuatan wanita berkenaan kerana menyebarkan fitnah walaupun cuba berdiam diri bagi menjaga aib keluarga.

"Berbulan-bulan saya tak pernah bersuara tapi kali ini saya buka mulut sebab nama saya dipetik berkali-kali.

"Demi Allah saya ada semua bukti dan boleh tunjuk pada satu Malaysia tapi sebab mahu menjaga aib, saya diamkan diri.

size NP 1 (77)

Iqbal bengang apabila bekas adik iparnya didakwa memburukkan imejnya di media sosial.

"Saya akan failkan saman kerana memburukkan nama saya dan keluarga di media sosial," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Iqbal berkata, adik lelakinya iaitu Ahmad Weldan Zulkefli juga akan memfailkan saman terhadap bekas isterinya itu atas tuduhan penipuan dan berlaku curang.

Dakwa Iqbal, wanita berkenaan bukan sahaja menipu malah berlaku curang terhadap Weldan ketika masih bergelar suami isteri.

"Dia pindah nama dan saham syarikat daripada Weldan dengan cara menipu. Bayangkan pandai dan liciknya dia malah menuduh adik saya curang padahal dia melakukan perkara serupa.

ARTIKEL BERKAITAN: Iqbal Zulkefli tak terkejut adik bercerai, dah setahun putus hubungan dengan keluarga... “Memang dari awal kahwin rumit”

ARTIKEL BERKAITAN: Depresi selepas cerai, adik Iqbal Zulkefli berusaha pujuk bekas isteri untuk kembali bersama... “Bukan sebab harta, fikir anak”

"Disebabkan itu, Weldan juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas isterinya," jelas Iqbal.

Mengulas mengenai hantarannya di media sosial tentang hukum seorang wanita melangsungkan pertunangan ketika tempoh idah, Iqbal tanpa berselindung mengaku ia ditujukan kepada bekas adik iparnya itu.

Dakwanya, dia mempunyai semua bukti wanita itu bertunang ketika dalam idah sebelum melangsungkan perkahwinan selepas dua hari tempoih idah itu tamat.

"Saya ada bukti tentang perbuatannya sampailah dia berkahwin selepas dua hari tamat tempoh idah.

size NP 1 (79)

Iqbal dan Weldan akan ambil tindakan undang-undang.

"Bertunang pula ketika dalam idah, apa hukum perkara itu?" ujarnya.

Sebelum ini, Iqbal memberitahu dia tidak terkejut dengan berita penceraian abangnya dan wanita berkenaan yang juga seorang usahawan sebaliknya sudah menjangkakan perkara tersebut.

Untuk rekod, pasangan berkenaan berkahiwn pada 29 Februari 2021 namun bercerai pada 23 November 2023.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain