suria

Fathia Latiff masih dendam dengan Aiman, dah ‘move on’ bukan nak ganggu rumah tangga bekas kekasih

Fathia masih ada dendam terhadap Aiman.

SELEPAS mencetuskan pelbagai kontroversi baru-baru ini, pelakon Fathia Latiff tampil menjelaskan punca dia memuat naik hantaran berkaitan pasangan selebriti Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza di media sosial.

Menurut Fathia atau Nur Fatiya Abdul Latiff, 36, perkongsiannya mengenai pasangan itu adalah kerana dia masih menyimpan perasaan dendam terhadap Aiman.

Fathia bagaimanapun mengakui sudah pun melupakan kisah silamnya bersama Aiman yang sebelum ini merupakan teman lelakinya.

AIMAN 1

Sesi podcast Fathia bersama Caprice.

"Saya sudah 'move on'. Kalau belum, saya tidak akan muat naik pasal dia. Saya sudah move on tapi saya ada dendam terhadap dia.

"Saya tidak lagi cintakan dia, saya cuma ada dendam," katanya.

Fathia memaklumkan perkara itu dalam satu sesi podcast bersama penyanyi rap Caprice pada Jumaat.

Dalam masa sama, aktres itu berkata dia tidak merasakan tindakannya memuat naik beberapa hantaran berkenaan pelakon lelaki tersebut adalah salah.

ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Anjoulie angkat ‘bendera putih’... Dah malas layan Fathia, sedang bahagia dengan tunang

ARTIKEL BERKAITAN: Apa nak jadi Fathia ni? Kaitkan pula nama Ismail Izzani! Minta Zarina Anjoulie tak campur urusannya

Malah Fathia memberitahu hantaran yang dilakukan itu juga bukanlah satu provokasi untuk menghancurkan rumah tangga pasangan berkenaan.

"Ia provokasi? Yeke? Dia (Aiman) selebriti. Saya boleh post apa sahaja yang saya mahu. Semua orang di dunia guna foto public figure, kenapa saya tidak boleh?

"Dia juga pernah jadi sebahagian hidup saya. kami sudah selama empat atau lima tahun. Saya rasa tidak salah bila post fasal dia. Saya cuma post benda yang ada ruang dalam hati saya," ujarnya.

Aiman FP

Fathia akui sudah move on dengan kisah silamnya bersama Aiman.

Sejak beberapa hari lalu, Fathia kembali menjadi perhatian ramai apabila dia secara terbuka berkongsi kisah lama selain membandingkan dirinya dengan Zahirah.

Kenyataan dibuat Fathia menimbulkan kemarahan netizen selepas dia menyamakan Zahirah sebagai wanita memiliki wajah seperti bibik atau pembantu rumah.

Malah Fathia juga memuat naik gambar lama dia bersama Aiman Hakim dengan beranggapan bekas kekasihnya itu masih menyayanginya.

Pada satu hantaran berbeza dia turut memuat naik satu keratan lama temu bual bersama sebuah akhbar berkaitan kenyataan Aiman berkongsi mengenai hubungan mereka

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain