suria

Video mandi dalam tab ada versi penuh, pengikut IG Fasha Sandha naik 25,000

Fasha dan Aidil terbuka dengan kritikan yang dilemparkan terhadap mereka.

PELAKON Fasha Sandha tidak menyalahkan netizen apabila mereka mengecam susulan video aksi mesra bersama suami di dalam tab mandi tular di media sosial.

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, sebaliknya berkata, setiap orang mempunyai penilaian tersendiri apabila menonton video tersebut namun niatnya sekadar mengabadikan kenangan bersama suami yang juga aktor Aidil Aziz.

"Saya tak boleh nak kawal apa orang fikir. Saya buat kerana saya rasa ia tidak salah... Setiap orang berhak untuk memberi pendapat masing-masing.

"Niat saya berkongsi bukan untuk menunjuk kemesraan tetapi inilah momen akan kami ingat di masa akan datang," katanya kepada mStar.

photo1694840735 (3)

Pengikut Fasha di Instagram naik sebanyak 25,000 selepas videonya dan Aidil tular.

Fasha menjelaskan perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran produk Beunita yang turut memperkenalkannya sebagai duta jenama itu di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Sebelum ini video Fasha beraksi mesra bersama Aidil dalam sebuah tab mandi mempromosikan produk itu mendapat kecaman peminat kerana menganggap ia keterlauan.

Bukan hanya kecaman ada juga yang bertindak tidak lagi mengikut pelakon itu di laman Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha dan suami beraksi mesra dalam kolam renang... netizen pula malu tengok adegan peluk, laga hidung

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya hanya jalankan tugas” - Fasha Sandha mohon maaf, kongsi video mesra bersama suami dalam kolam renang kerana tuntutan kerja

Bagaimanapun berdasarkan semakan terkini, Fasha memberitahu bilangan pengikutnya melebihi jumlah mereka yang menekan butang unfollow.

Malah katanya, pengikutnya meningkat naik sebanyak 25,000 sejak video berkenaan tular di media sosial.

"Sebenarnya pengikut saya naik 25,000. Saya baru sahaja buat semakan lepas video itu tular... Ramai follow berbanding unfollow.

Saya buat kerana saya rasa ia tidak salah. Setiap orang berhak untuk memberi pendapat masing-masing.

FASHA SANDHA

PELAKON

“Mungkin lokasi video tersebut dianggap tidak sesuai kerana dalam tab mandi... Kalau dekat taman, rasanya tiada masalah," ujarnya.

Dalam pada itu, Fasha menjelaskan dia sudah pun menyorok video itu menerusi fungsi archive di Instagram bagi mengelak lebih banyak salah faham dalam kalangan netizen.

Bagaimanapun, dia akan memuat naik versi penuh video tersebut di laman sosial miliknya pada Sabtu.

“Seperti yang saya katakan, video tersebut dibuat kerana menjalankan tugas. Saya buat kerana saya rasa tidak salah.

photo1694840738

Fasha mengambil masa sebulan sebelum bersetuju menjadi duta produk Beunita.

“Video tersebut saya simpan dahulu di media sosial dan akan upload semua versi penuh hari ini (Sabtu),” jelasnya.

Berkongsi mengenai pelantikannya sebagai duta Beunita, Fasha berkata, dia sebenarnya tidak segera memberi kata persetujuan sebaliknya menggunakan produk itu terlebih dahulu sebelum memberi jawapan.

Kata Fasha, dia bersetuju menjadi duta produk itu selepas sebulan menggunakan Beunita.

"Saya terima jadi duta produk ini selepas menggunakan dan melihat sendiri kesannya. Saya tidak akan jadi duta kalau tidak guna sendiri produk," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain