suria

[V] Diana Danielle harap kemelut rumah tangga segera berakhir, tetap jaga hubungan baik dengan Farid

PELAKON Diana Danielle berharap agar kemelut rumah tangganya bersama suami iaitu aktor Farid Kamil berakhir dengan baik pada Khamis ini.

Sekiranya ditakdirkan mereka berpisah, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, berkata dia tetap akan mengekalkan hubungan baik dengan suaminya itu demi anak-anak.

"Saya nak pengakhiran yang aman dan baik untuk kami kekal hubungan baik demi anak-anak, demi silaturahim kami.

diana 3

Diana harap capai keputusan terbaik demi anak-anak.

"Saya doa kami capai kata sepakat. Ending yang baik, doakan.

"Saya akan lega kalau betul-betul berakhir, sekarang ni saya masih dalam keadaan menunggu keputusan dan InsyaAllah saya bersangka baik," kata Diana kepada pemberita.

Diana ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada pagi Selasa bagi mendengar keputusan kes Hadanah Interim (hak penjagaan) kedua anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Pada Khamis ini, sebutan semula proses hakam membabitkan pasangan ini akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

ARTIKEL BERKAITAN: “Lagu baru nak keluar” - Diana Danielle tampil ceria, harap kes nusyuz berpihak pada kebenaran

ARTIKEL BERKAITAN: Tak jalan tanggungjawab... Diana Danielle fail nusyuz terhadap Farid Kamil, anggap proses biasa

Dalam pada itu peguam syarie mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berkata pihaknya sudah berbincang dengan pihak defenden berhubung segala aspek melibatkan penceraian pasangan ini.

"Kami telah berbincang untuk keputusan permohonan inter-parte hak penjagaan anak-anak dan semua kes-kes yang berkaitan anak guam dengan Farid termasuk cerai.

"Kita telah sediakan satu perjanjian penyelesaian buat kedua-dua pihak dan telah masukkan semua terma-terma untuk selesaikan kes ni secara menyeluruh.

datuk akbarden

Akberdin mewakili Farid dalam kes cerai dengan Diana.

Sementara itu Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menetapkan semula pada 21 Ogos ini bagi merekod persetujuan yang dicapai kedua-dua pihak.

Pada 20 Mac lalu, Farid enggan melafazkan talak terhadap Diana dengan alasan masih sayangkan isterinya itu selepas aktres berkenaan memfailkan penceraian terhadapnya.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora berusia 8 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain