suria

Keberanian Firdaus Wong jadi sebab pendakwah Isfadiah minta bantuannya untuk kes amang seksual PU Azman 

PU Azman didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja berusia 16 dan 17 tahun.

SAKSI kelapan kes amang seksual Pencetus Ummah (PU) Azman memberitahu mahkamah dia meminta bantuan daripada pendakwah bebas Firdaus Wong selepas dimaklumkan mengenai kejadian amang seksual terhadap dua remaja lelaki.

Saksi pendakwa yang juga pendakwah bebas Isfadiah Mohd Dasuki, 52, berkata, dia merujuk perkara itu kepada Firdaus bagi mendapatkan nasihat memandangkan agamawan berkenaan berani selain mempunyai banyak kenalan peguam.

"Saya minya bantuan Firdaus kerana dia pernah terlibat dalam kes-kes lain seperti penceramah scammer.

"Dia seorang yang berani dan ada 'connection' dengan peguam. Saya minta bantuan dia (Firdaus) sebab tak tahu cara," katanya.

WhatsApp-Image-2021-09-23-at-10.46.59

Firdaus Wong dijangka tampil sebagai saksi kes PU Azman.

Isfadiah membuat kenyataan itu sebagai menjawab pertanyaan peguam bela tertuduh Fahmi Adilah tentang keperluan saksi menghubungi Firdaus berkaitan kes ini.

Keterangan tersebut dibuat pada hari ketiga perbicaraan kes itu di hadapan Hakim Datin Surati Budin di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan pada Rabu.

Pendakwaan pula dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya, Husni Fairos Ramly dan Goh Hsiao Tung.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustazah dedah PU Azman lakukan seks oral terhadap anak muridnya sehingga keluar air mani, diminta cium mulut

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Saksi keempat dedah PU Azman raba dan melakukan seks oral terhadap anak lelakinya

Tertuduh pula diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad, Fahmi Adilah dan Norman Mohd Nasir.

Isfadiah dalam keterangannya berkata, dia mengetahui kes melibatkan dua remaja lelaki itu apabila diceritakan oleh seorang rakan yang merupakan seorang guru sekolah kebangsaan.

Sementara itu, Firdaus atau Firdaus Wong Hai Hung, 40, dijangka bakal hadir sebagai saksi dalam perbicaraan hari keempat pada Khamis ini.

Selain Isfadiah, dua lagi saksi turut dipanggil memberi keterangan pada hari ketiga perbicaraan iaitu bekas guru kepada mangsa pertama dan bekas guru kepada mangsa dalam pertuduhan sama terhadap Azman yang difailkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

553 (2)

Perbicaraan kes melibatkan PU Azman sedang dibicarakan sehingga Jumaat.

Ketiga-tiga saksi ini pernah berhubung dan bertemu pada Ogos tahun lalu sebelum laporan polis dibuat terhadap Azman.

Pertemuan sebanyak dua kali di Shah Alam itu turut melibatkan Firdaus di mana mangsa juga hadir menceritakan kejadian berlaku.

Azman atau Azman Syah Alias, 43, dihadapkan kali pertama ke mahkamah pada 12 Oktober 2022 atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.

Dia didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja berusia 16 dan 17 tahun itu dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau di tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai, dekat sini, pada 6 Julai 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain