suria

Tak serik-serik! Aliff Syukri tampil sut ketat macam pakaian menyelam, ada pula kata macam Keluang Man

Lagu raya Aliff Syukri sekali lagi menerima kecaman netizen.

TINDAKAN Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi video teaser lagu raya terbaharunya mengundang kecaman ramai yang menyifatkan usahawan sensasi itu tidak serik dan dahagakan perhatian.

Menerusi video teaser yang dikongsi memperlihatkan Aliff bersama lima orang penari latar rancak menari mengikut alunan muzik.

Namun apa membuatkan netizen kecewa dan marah apabila melihat Aliff dan penari-penarinya mengenakan sut ketat seperti pakaian menyelam selain dipadankan dengan samping dan songkok.

Ramai menyifatkan pemilihan pakaian tersebut sebagai tidak sesuai apatah lagi merosakkan ciri-ciri tradisional baju Melayu.

"Apa benda la Datuk ini, saja nak bagi netizen maki hamun. Tak boleh ke pakai baju Melayu tu dengan elok. Asal bulan puasa sahaja buat hal. Tak reti menghormati bulan Ramadan ke?

aliff2 - 1

Aliff dikatakan cuba meraih perhatian.

"Power Rangers ke tu? Tengok macam sut Keluang Man pun ada tapi pakaian Keluang Man lagi cantik.

"Saya rasa pakaian Datuk ini tidak sesuai untuk bulan puasa. Mungkin Datuk boleh padam dan buat video yang sama tapi pakaian yang tidak ketat dan mencolok mata," komen netizen.

Dalam pada itu, ramai meminta agar tidak terpedaya dengan taktik digunakan Aliff kerana ia adalah salah satu cara untuk mendapat perhatian sekali gus lagu terbaharunya itu mendapat perhatian pendengar.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu banyak aduan, SKMM panggil Aliff Syukri serta individu terlibat dalam MV 'Kelepok Raya'

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri minta dibicarakan, mengaku tak bersalah muat naik video sumbang di Instagram

Ramai juga menjangkakan akan berlaku drama air mata daripada Aliff apabila teruk dikecam dan berharap pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) segera mengambil tindakan terhadapnya.

"Sengaja dia provoke buat baju macam itu supaya orang kecam, dia akan dapat perhatian.

"Orang akan sebut... ini semua marketing, selepas itu akan keluar video menangis sambil minta maaf," komen netizen lagi.

Sementara itu, pelakon Wak Doyok turut mengingatkan Aliff tentang kes melibatkan dia dan SKMM tahun lalu dan meminta usahawan itu tidak mengulangi kesilapannya.

Kelepuk-1

Video raya tahun lalu turut mencetuskan kontroversi.

"Kau ini apa? Kau tinggal sini ke? Ingat Datuk peristiwa 2022 SKMM. Jangan diulangi lagi," katanya.

Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, meminta netizen memberi laluan kepada lagu berkenaan bersempena kedatangan Aidilfitri dan yakin Cak Cun Cak Raya bakal menjadi trending.

Kata Aliff, dia berharap lagu tersebut dapat memberi sinar kebahagiaan kepada masyarakat yang mendengarnya.

"Beri laluan, lagu raya nombor satu trending empat tahun berturut-turut, Cak Cun Cak Raya.

WhatsApp Image 2023-03-30 at 9.04.44 AM

Antara komen netizen berhubung video teaser berkenaan.

"Semoga dengan lagu raya ini dapat memberi sinar kebahagiaan kepada anda semua untuk menyambut hari lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi.

"Daripada artis nombor satu Malaysia," katanya menerusi kapsyen video berkenaan.

Pada Oktober tahun lalu, Aliff dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang atas empat pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video bersifat sumbang pada April 2022.

Aliff sebelum itu dipanggil memberi keterangan di SKMM bagi membantu siasatan susulan klip video muzik sempena Aidilfitri.

Klip video raya berkenaan memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut mencetuskan pelbagai reaksi kerana dikatakan kurang sesuai untuk tontonan masyarakat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain