suria

[V] Syamsul malas nak gaduh dengan Aaron Aziz… mahu seret Farid Kamil ke mahkamah

PENGARAH The Original Gangster Syamsul Yusof enggan memanjangkan isu pengguguran pelakon Datuk Aaron Aziz dari filem berkenaan walaupun boleh membuka mulut mengenainya.

Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, berkata, dia enggan memulakan pergaduhan dengan sesiapa sekiranya mendedahkan punca sebenar pelakon asal Singapura itu disingkirkan daripada barisan pelakon filem berkenaan.

"Macam-macam saya boleh cakap fasal perkara itu. Saya pun pernah melalui fasa yang lantang bercakap di media sosial. Boleh sahaja saya nak jawab tapi nanti berbalik kepada saya semula.

aaron 1

Berdiam adalah langkah terbaik bagi Syamsul menjawab isu dengan Aaron.

"Saya tak mahu gaduh!” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Syamsul turut mempersoalkan tindakan Aaron mengeluarkan kenyataan mengenai perkara tersebut kepada media sehingga menimbulkan pelbagai salah faham.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul buat pendedahan Puteri Sarah berlaku curang dengan suami orang

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Seakan-akan ada konflik, Aaron Aziz digugurkan dari ‘Original Gangster’... Sudah maafkan Syamsul Yusof

Ditanya adalah dia bersedia bersemuka dengan Aaron untuk menyelesaikan konflik yang berlaku, Syamsul berkata dia lebih senang untuk tidak bercakap mengenai hal tersebut.

"Saya malaslah. Pihak saya tahu hal sebenar. Tiba-tiba sahaja dia keluarkan kenyataan begitu. Apa sebenarnya yang dia mahukan?

Boleh sahaja saya nak jawab tapi nanti berbalik kepada saya semula.

SYAMSUL YUSOF

PENGARAH

"Saya senyap di media sosial namun kehidupan harian berjalan seperti biasa. Barulah sekarang saya tahu siapa sahabat sebenar," ujarnya.

Aaron sebelum dalam temu bual bersama mStar memberitahu namanya dibuang dari senarai pelakon The Original Gangster meskipun sudah menerima skrip dan menjalani sesi latihan.

Dalam perkembangan lain, Syamsul berkata, dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon dan pengarah Farid Kamil kerana berkongsi tentang isu keganasan yang dipercayai ditujukan kepadanya.

syamsul 1

Syamsul sedia ambil tindakan undang-undang terhadap Farid.

Kata Syamsul, sebagai seorang yang sudah berpengalaman dalam industri hiburan dia enggan melayan perkara tidak penting atau bersikap lantang bersuara di media sosial.

"Kepada Farid, saya tak nak jadi 'pondan' hanya bercakap di media sosial. Kita dah tua. Kenapa nak bercakap di media sosial. Lebih fokus kerja sahaja.

"Kita jumpa di mahkamah. Itu sahaja!," tegasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain