suria

Individu dakwa penerbit ‘Mat Kilau’ hutang RM150,000 berdepan saman, ada bukti status pemilikan tanah bukan miliknya ketika penggambaran

Zul Hassan bukan pemegang status pemilikan tanah.

PENERBIT Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan iaitu Abdul Rahman Mat Dali mendedahkan individu menuduh pihaknya berhutang sebanyak RM150,000 bukan pemilik tanah yang menjadi set penggambaran filem berkenaan.

Abdul Rahman, 63, sebaliknya berkata, individu tersebut hanya memegang status pemilikan tanah berkenaan hanya selepas penggambaran filem itu selesai dijalankan.

Dakwanya, hal tersebut dapat dibuktikan melalui carian pemilikan tanah di Kampung Padang Marhum, Lambor Kanan, Perak yang menyatakan tanah itu di atas nama individu berkenaan pada 29 Julai 2019 manakala penggambaran selesai pada Februari tahun sama.

matkilau1 - 1

Abdul Rahman (kiri) menafikan dakwaan individu yang dikenali sebagai Zul Hassan.

"Kami menafikan bahawa individu berkenaan adalah pemilik bagi sebuah tanah di set penggambaran filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan.

"Malah individu tersebut hanya memegang status pemilikan tanah yang dijadikan set penggambaran pada 29 Julai 2019 sedangkan seluruh penggambaran filem selesai pada Februari 2019," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu dakwa penerbit 'Mat Kilau' hutang RM150,000, Abdul Rahman yakin ada pihak cuba ambil kesempatan

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof tak kecil hati, yakin prekuel Mat Kilau lebih baik di tangan pengarah lain

Sebelum ini, individu tersebut mendakwa pihak Studio Kembara gagal melunaskan tuntutan bayaran berjumlah RM150,000 bagi perkhidmatan penyedia tapak, bekalan barang keperluan, binaan set penggambaran, katering dan penginapan sepanjang penggambaran filem itu.

Menerusi satu temu bual, individu itu turut meluahkan rasa kecewa apabila pihak penerbit gagal melunaskan janji mereka sedangkan filem tersebut meraih kutipan cemerlang di pawagam iaitu sebanyak RM100 juta.

Dalam pada itu, Rahman menegaskan pihaknya tidak pernah membuat apa-apa binaan untuk tujuan penggambaran di atas tanah tersebut.

matkilau2 - 1

Penggambaran filem Mat Kilau tidak dilakukan diatas tanah milik individu berkenaan.

Katanya, individu tersebut juga tidak mempunyai hak menuntut sebarang bayaran malah pihaknya telah memberikan sejumlah wang sebanyak RM3,000 sebagai kos sewa jeti.

"Dakwaan binaan dibuat atas tanah individu itu juga tidak benar kerana binaan berbentuk jeti dibuat di atas tanah rezab sungai.

"Dia tidak mempunyai apa-apa asas untuk menuntut bayaran mahupun imbuhan daripada kami. Malah, pihak subkontraktor Studio Kembara ada memberi RM3,000 kepadanya sebagai kos sewa jeti kerana menganggap dia adalah pemilik tanah tersebut yang kemudian disahkan tidak benar," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain