suria

Erna Elliyana teruk kena tibai akibat kegagalan Kamya Fest, tampil buat pendedahan sebenar

Erna (tiga dari kanan) menjelaskan situasi sebenar kekecohan Kamya Fest.

SEBELUM ini kecoh di media sosial apabila ramai pihak meluahkan kekesalan terhadap penganjur Kamya Fest yang mengenakan bayaran masuk kepada pengunjung ke acara berkenaan kerana ia menjadi pendorong acara itu tiada sambutan.

Festival itu berlangsung pada 10 hingga 12 Februari lalu di perkarangan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Tidak hanya orang ramai, pempengaruh media sosial dan vendor yang menyertai festival itu turut meluahkan rasa tidak puas hati apabila jualan produk mereka terjejas akibat kekurangan pengunjung ekoran dikenakan caj masuk.

Kemarahan itu dilemparkan terhadap pelakon dan usahawan Erna Elliyana Rosli yang didakwa bertanggung jawab sebagai penganjur festival tersebut.

Erna (tiga dari kanan) menjelaskan pihaknya hanya bertindak sebagai penaja bukan penganjur.

Menjelaskan situasi sebenar, Erna, 35, memohon orang ramai berhenti mengecam dan melemparkan tohmahan terhadap dirinya memandangkan dia hanya penaja utama dan bukannya penganjur festival tersebut seperti diperkatakan.

“Kami kesal dengan segala kecaman dan tohmahan yang dilemparkan di media sosial kerana menjejaskan reputasi jenama kami.

“Kami ingin menjelaskan sebarang keputusan termasuk berkaitan isu bayaran masuk ke festival bukan bawah bidang kuasa kami, sebaliknya bawah pengurusan penganjur,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Nasib tak menyebelahi dalam dunia hiburan, pelakon kanak-kanak ‘Suami, Isteri Dan...’ Erna Elliyana kini bergelar usahawan

ARTIKEL BERKAITAN: “Senyum bibir senget, menangis pun tak keluar air mata” - Shikin Maembong dedah 12 tahun derita Bell’s Palsy

Erna yang merupakan pengasas jenama produk kecantikan dan kesihatan Kamya tampil membuat penjelasan tersebut menerusi sidang media yang diadakan pada Selasa.

Dalam pada itu, Erna meluahkan kekecewaan dengan sikap acuh tak acuh penganjur selain mendakwa terpaksa menanggung kerugian lebih RM200,000 akibat kekecohan tersebut.

“Ada pihak yang melemparkan tuduhan di media sosial dan impilikasi daripada isu yang berlaku, jualan produk kami juga mengalami kemerosotan.

Hal ini sangat menghampakan kami sebab semua orang tahu nak bina nama dalam bidang perniagaan bukan mudah.

ERNA ELLIYANA ROSLI

PELAKON/USAHAWAN

“Kami mengeluarkan kos sebanyak RM450,000 dan menanggung kerugian separuh daripada itu gara-gara berita tular yang dimuat naik di media sosial dan tidak menerima pulangan yang memberangsangkan.

“Hal ini sangat menghampakan kami sebab semua orang tahu nak bina nama dalam bidang perniagaan bukan mudah. Kami ambil masa dua tahun untuk kukuhkan kedudukan kami,” ujarnya.

Sementara itu, Erna berkata, kontroversi yang melanda festival berkenaan meninggalkan kesan mendalam terhadap dirinya.

Disebabkan itu juga, Erna bersama peguamnya, Ganesh Magenthiran menuntut semua pempengaruh media sosial, vendor dan pengunjung yang membuat tohmahan tanpa usul periksa menarik balik semua kenyataan mereka di media sosial.

erna2 - 1

Erna beri tempoh dua minggu kepada pempengaruh media sosial, vendor dan pengunjung membuat permohonan maaf.

Kata Erna, mereka diberikan tempoh dua minggu untuk membuat permohonan maaf melalui media sosial atau berdepan tindakan undang-undang.

“Dua minggu notis diberikan dan sekiranya gagal atau enggan, kami sebagai pihak guaman Kamya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak atau individu termasuk mereka yang terus membuat perkara-perkara yang sama,” jelas Ganesh.

Untuk rekod, festival itu mensasarkan 50,000 pengunjung dalam tempoh tiga hari penganjurannya.

Kamya Fest menampilkan sebanyak 300 vendor jualan terdiri daripada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan dan lebih 20 selebriti serta pempengaruh media sosial menjadi tarikan pengunjung datang ke festival tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain