suria

[VIDEO] Mawar Karim nafi nikah senyap-senyap dengan jutawan sebelum Ramadan... Mengaku sedang bercinta, rancang kahwin tahun ini

DESAS-DESUS mengatakan Mawar Karim sudah berkahwin dengan seorang jutawan di sebuah pusat peranginan sebelum Ramadan lalu dinafikan usahawan itu.

Bagaimanapun Mawar, 33, mengakui kini sedang berkawan dan mengenali hati budi seseorang lelaki yang dikenalinya sejak tahun lalu.

Bekas isteri Fizo Omar itu memohon orang ramai mendoakan rumah tangga yang bakal dibina itu berkekalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Karim lapor polis nafi lari bayar hutang RM720,000... Tiada notis bankrap

ARTIKEL BERKAITAN: Emosi terganggu, Mawar bimbang keselamatan anak gara-gara tuduhan lari bayar hutang

"Tidak ada, saya nafikan sebab saya masih proses mengenali seseorang.

"Saya harap doakan yang baik-baik supaya saya dapat belajar daripada pengalaman perkahwinan sebelum ini dan betulkan keadaan supaya tidak berulang lagi,

"InsyaAllah dalam tahun ni, saya minta doa semua. Tapi tunggu dulu kes mahkamah selesai dulu kot baru fikir pasal tu," katanya kepada mStar.

file7kn6b5ikncp2d1wngco

Mawar nafikan telah berkahwin sebelum Ramadan.

Mawar berkata demikian ketika ditemui pada sidang media khas yang diadakan di Kuala Lumpur pada Rabu.

Ketika ditanya, lelaki tersebut dalam kalangan selebriti atau ahli politik, Mawar berkata individu itu hanya orang biasa yang mempunyai perniagaan sendiri.

Tidak ada, saya nafikan sebab saya masih proses mengenali seseorang.

MAWAR KARIM

USAHAWAN

Dia juga enggan mengulas lanjut tentang status lelaki yang bakal menjadi suaminya.

"Status saya mengenali seseorang sekarang ni dan dia orang biasa sahaja.

"Saya dah mengenali orang tersebut dah hampir setahun. Kami masih mencari chemistry antara anak saya Maryam dan orang tersebut.

mawar4

Mawar bersama anaknya Wan Maryam.

"Berhubung status lelaki tersebut saya tak boleh nak berkongsi dan komen apa-apa," ujarnya.

Untuk rekod Mawar pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fizo Omar pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Terdahulu, dalam sidang media sama, Mawar menafikan dakwaan lari daripada membayar hutang berjumlah RM720,000 dan meganggap ia satu fitnah.

Mawar berkata berita yang tersebar itu memberi kesan kepada reputasinya dalam perniagaan dan bimbang dengan keselamatan anak serta keluarga.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Gempar bayi perempuan lahir ada ekor berbulu