suria

Mawar Karim berdepan risiko bankrap, didakwa lari bayar hutang RM720,000

Mawar berdepan pengisytiharaan bankrap jika gagal bayar hutang

GARA-GARA ingkar perjanjian dan tidak membayar wang pinjaman berjumlah RM720,000 daripada seorang sahabat, usahawan Mawar Karim bakal berdepan tindakan pengisytiharan bankrap.

Usahawan berusia 33 tahun itu dikatakan meminjam wang dengan jumlah tersebut daripada seorang kenalan bernama Nabil Mat Jahya bagi tujuan modal memulakan perniagaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Karim jawab tuduhan tak bayar hutang, dakwa jadi mangsa siri fitnah individu digelar ‘S’

ARTIKEL BERKAITAN: Dipersoal jarang kongsi foto Maryam di IG, Mawar Karim akui bimbang terkena penyakit Ain

ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Karim ada di KL, penat baca dakwaan ditahan SJR Perasing dengan menteri PAS - “Adoi... macam-macam cerita keluar”

Mengikut perjanjian bertulis antara kedua-duanya, Mawar dikehendaki membayar pinjaman itu secara ansuran atau jumlah penuh dalam tempoh tujuh bulan bermula tarikh pinjaman iaitu pada 7 Jun 2021.

Menurut peguam yang mewakili Nabil iaitu Nik Zarith dari firma Mohd Ashraf Nik Zarith & Co, selepas lebih 10 bulan, bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar itu gagal untuk melangsaikan hutangnya.

Justeru satu notis tuntutan bayaran dihantar kepada Mawar namun tiada sebarang jawapan.

mawar karim 2

Mawar diminta bayar semula wang yang dipinjam

Pihaknya kemudian memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Seksyen Bangi, Selangor pada Januari lalu.

"Pihak mahkamah telah pun mengeluarkan penghakiman ingkar kehadiran kerana tiada sebarang respons yang diterima daripada pihak defendan (Mawar).

"Mawar dikehendaki membayar semula wang yang telah dipinjam dan kami juga akan teruskan dengan proses garnisan iaitu tuntutan pembayaran semula dari akaun bank miliknya.

Dia boleh menjawab secara terus atau melalui lantikan peguam memandangkan kes ini sudah menjadi kes mahkamah

NIK ZARITH

PEGUAM

"Jika jumlah masih tidak mencukupi, permohonan untuk pengisytiharaan bankrup boleh dilakukan atau jualan lelong harta milik Mawar," ujarnya kepada mStar pada Selasa.

Sementara itu, Zarith berkata anak guamnya tidak menerima sebarang maklum balas daripada pihak Mawar sehingga hari ini dan kali terakhir mereka berhubung adalah sekitar Oktober tahun lalu.

mawar 3

Mawar tidak memberi respon kepada peguam dilantik Nabil.

"Sebelum tindakan undang-undang diambil, anak guam cuba menghubungi Mawar beberapa kali namun tiada sebarang maklum balas.

"Dia boleh menjawab secara terus atau melalui lantikan peguam memandangkan kes ini sudah menjadi kes mahkamah," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain