suria

Macam dalam filem... Cristina Suzanne sebar CCTV penyamun curi Milo dan kopi dalam pasar mini - “Dia macam nak jual balik”

Cristina Suzanne buat laporan polis terhadap suspek selepas dia melarikan diri.

PURA-PURA membeli enam kotak air mineral menjadi taktik terbaharu suspek kes curi dalam cubaan menyamun pasar mini milik pelakon Cristina Suzanne iaitu Glenn's Grocer di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun menurut Cristina atau nama sebenarnya Cristina Suzanne Stokstil, 36, modus operandi berkenaan berjaya dihidu pekerja pasar mininya yang curiga dengan kandungan kotak air mineral ketika proses pembayaran mahu dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Johor Suami Cristina Suzanne, Peminat Terkejut Tiba-Tiba Nikah

Apa yang memeranjatkan, enam kotak itu bukanlah berisi air mineral sebaliknya ditukar kepada barang-barang makanan lain.

Barang yang diseludup suspek dalam kotak air mineral.

"Saya dah buat laporan polis di Balai Polis Bukit Jelutong pada Ahad. Pandai dia buat kerja ketika ramai pekerja saya tengah berehat... lebih kurang pukul 2 petang.

"Pencuri itu kantoi lepas cashier perasan dia beli berkotak-kotak air mineral sebelum staf saya ambil keputusan nak periksa kandungan kotak itu.

"Apabila dah kantoi memang kita dapati banyak bungkusan Milo, Nescafe, serta coklat... kalau dia terdesak saya faham. Tapi ni dilihat seperti dia mencuri macam dia nak jual balik," katanya ketika dihubungi mStar.

Apabila dah kantoi itu, suspek nak rasuah pekerja saya dengan wang RM500 tapi memang staf saya tak ambil.

CRISTINA SUZANNE

PELAKON

Pelakon filem KIL itu juga turut berkongsikan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di yang jelas kelihatan perbuatan suspek mengeluarkan botol air mineral daripada dalam kotak sebelum mengisinya dengan barangan yang dicuri.

Tambahnya, pencuri itu kemudiannya cuba memberi rasuah kepada pekerja kedainya bagi melepaskan diri.

"Dia nak bayar ikut harga air mineral sekotak itu, tapi pekerja saya dah syak sesuatu sebab dia nampak suspek ini beli sampai enam kotak air mineral besar dan dia beli ikut beberapa kali trip.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Apabila dah kantoi itu, suspek nak rasuah pekerja saya dengan wang RM500 tapi memang staf saya tak ambil.

"Lepas dah keluarkan barang-barang tu daripada kereta dia, dia pura-pura nak jawab call masuk dalam kereta sebelum cabut lari selepas itu," katanya yang menyerahkan siasatan lanjut kepada pihak polis.

Pelakon berdarah kacukan Melayu-Jerman ini mengusahakan dua kedai grocery bersama suaminya.

Menurut Cristina lagi, barangan yang 'diseludup' pencuri itu dianggarkan bernilai RM3, 000.

"Saya buat laporan polis juga sebab risaukan keselamatan pekerja selepas suspek ugut dia akan datang semula bawa kawan-kawan dia... bagi saya itu dah satu ancaman.

"Saya harap semua yang usahakan kedai runcit berhati-hati dengan orang macam ini... sekarang macam-macam cara mereka nak mencuri.

"Kita faham kalau dia terdesak sebab semua orang memang tengah terdesak sekarang ini. Tapi apabila tengok bilangan yang dia curi itu, saya tak rasa dia orang susah, dia memang macam nak curi untuk jual balik. Mungkin dia ada kedai runcit sendiri, kita tak tahu," ujarnya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain