suria

“Eina semalam register pakai website mana ya?” - Eina Azman padam foto selepas netizen persoal kelebihan dapat cucuk vaksin di Ipoh

Eina dan suami didakwa menerima suntikan vaksin di hospital Ipoh.

LAMAN sosial kecoh apabila netizen mempersoalkan bagaimana pelakon Datin Paduka Eina Azman menerima suntikan vaksin di sebuah hospital di Ipoh, Perak bersama suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah.

Rata-rata netizen mendakwa selebriti itu telah memotong giliran pengambilan vaksin sekali gus melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuatkuasa dari 25 Mei hingga 7 Jun ini.

Perkara itu menjadi tular selepas Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman, 26, dan suaminya, memegang placard 'saya sudah divaksin' sebelum ibu kepada sepasang kembar itu memadamkannya tidak berapa lama kemudian.

ARTIKEL BERKAITAN: Nourul Wahab lega tak alami kesan sampingan ambil vaksin AstraZeneca, rayu jangan ada sikap ‘selfish’ - “Selagi ada benda ni, hidup tak tenteram”

"Eina Azman semalam register pakai website mana ya? Terus cucuk pulak tu. Kerja buat video memasak je hari-hari pun awal dapatnya.

"Hebat tak? Orang lain tunggu appointment beratur dekat PPV (Pusat Pemberian Vaksin). Eina Azman ambil direct dekat Hospital Ipoh.

Antara komen netizen yang mengecam Eina Azman.

"Best ke potong que, kami yang orang Perak pun tak dapat lagi. Mak ayah yang dah tua pun tak dapat lagi. Ni nak marah ni!

"Hai nak tanya macam macam boleh dapat vaksin di Ipoh? Kongsi la tip," sindir netizen.

Hebat tak? Orang lain tunggu appointment beratur dekat PPV (Pusat Pemberian Vaksin)

NETIZEN

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada pelakon drama siri The Maid itu menerima suntikan vaksin Pfizer atau AstraZeneca seperti yang diterima kebanyakan rakyat Malaysia.

Eina dilihat sudah memadam gambar yang dimuat naik di Instagramnya.

Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 yang terbesar pernah dilaksanakan di Malaysia terdiri daripada tiga fasa, yang mana fasa pertama dari 26 Februari hingga April melibatkan vaksinasi pekerja barisan hadapan negara.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Fasa kedua, dari April hingga Ogos melibatkan mereka yang dikategorikan sebagai kumpulan berisiko tinggi, seperti orang tua.

Fasa ketiga pula melibatkan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas, bermula dari Mei 2021 hingga Februari 2022.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Eina Azman, vaksin, rentas negeri, PPV

Artikel Lain