suria

Isteri Ammar Alfian tak diam diri, bongkar perbualan Whatsapp, “Apa yang saya katakan bukan fitnah”

Nelissa mendedahkan paparan skrin perbualan dia dan suaminya, Ammar Alfian.

EPISOD krisis rumah tangga Ammar Alfian terus berlarutan apabila isterinya, Nelissa Nezam sekali lagi tampil membongkarkan perlakuan curang pelakon itu.

Kali ini Nelissa lebih berani apabila turut mendedahkan perbualan menerusi aplikasi Whatsapp antara mereka berhubung isu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri luah rasa kecewa ketika sarat mengandung 6 bulan, Ammar Alfian curang

ARTIKEL BERKAITAN: Ammar Alfian difitnah! Cerita curang hanya spekulasi... "Saya maafkan isteri"

Menerusi posting di Instastory, Nelissa mendakwa suaminya itu memutar belit permohonan maaf yang dibuat sebelum ini.

"Saya tidak akan duduk dan berdiam diri ketika si penipu, curang ini memanipulasi dan memberi gambaran seolah-olah saya pula yang menipu.

"Kamu fikir saya ada masa dan tenaga untuk menuduh suami sendiri berlaku curang sewaktu saya sedang hamil?

"Mereka bukan bodoh untuk menilai kamu yang pernah ada rekod lampau. Saya tidak terkejut sekalipun dia sudah memperbodohkan saya selama tiga tahun," katanya.

Nelissa memuat naik perbualan Whatsapp antara dia dan suaminya, Ammar Alfian.

Nelissa menjelaskan perkara itu selepas berang dengan kenyataan Ammar sebelum ini yang menafikan dakwaan isterinya itu.

Selain itu, Ammar menjelaskan segala tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya juga adalah fitnah.

Berasa berang dengan tindakan suaminya itu, Nelissa turut memuat beberapa paparan skrin Whatsapp yang menunjukkan Ammar mengakui meniduri wanita berkenaan dan memohon maaf terhadap isterinya itu.

Dalam pada itu, Nelissa berkata, suaminya itu sendiri telah mengakui pernah meniduri wanita berkenaan ketika sedang sarat mengahamilkan anaknya.

Malah dia turut menyifatkan aktor filem Paskal itu sebagai seorang pengecut.

"Jangan pernah sesekali pun fikir saya mengambil ringan dengan menuduh dia telah berlaku curang jika saya tidak pasti bahawa ia adalah benar.

"Lagipun dia sendiri sudah mengaku kepada saya.

"Pengecut ini takut kerana penipuannya selama ini berbalik padanya. Jangan berpura-pura menjadi mangsa," katanya.

Nelissa menjelaskan kenyataannya sebelum ini adalah benar dan bukannya fitnah.

Selain itu, Nelissa menegaskan kenyataan yang dibuat sebelum ini adalah benar dan bukannya fitnah yang dilempar terhadap suaminya.

"Apa yang telah saya nyatakan bukan fitnah! Jangan sesekali putar belit permohonan maaf saya dan buat saya kelihatan seperti penipu.

"Sebelum ini saya meminta maaf kerana bersikap secara tidak rasional kerana mengutamakan anak kita dan berasa kasihan terhadap kamu.

"Saya tak perlukan kamu untuk memaafkan saya. Seharusnya kamu yang bimbang untuk mendapatkan kemaafan kerana ini melibatkan kehidupan dan masa depan saya," katanya.

Ammar Alfian, Nelissa Nezam

Artikel Lain