suria

Janda dedah skandal dengan Aliff sebelum ‘kantoi’ dengan Octavia

WANITA yang mengakui mempunyai hubungan sementara dengan penyanyi Aliff Aziz berkata beberapa keping foto yang tersebar di laman sosial diambil pada hujung tahun lalu.

Wanita dikenali sebagai Meri Meifina berkata, dia mengenali Aliff Aziz sebelum lelaki itu kantoi mempunyai hubungan dengan pelakon baharu Octovia Manrose. 

“Kami kenal last year dia selalu bercerita tentang masalah keluarga. Bella tak bagi keluar rumah. 

“Dia tinggal di rumah saya selama 10 hari bersama abang-abang saya juga. Sampai saya pujuk supaya dia balik dan saya tanya sama ada dia tak sayang anak dia ke? kemudian dia minta saya belikan tiket penerbangan,” ujarnya dalam satu temubual bersama mStar. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin Allah nak tunjukkan kepada saya…” - Aliff menangis, Bella nampak kuat!

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff sering curang... Bella Astillah akhirnya diceraikan talak satu


Mei ketika ditemubual wartawan mStar Farhan Ikram.

Wanita yang juga ibu tunggal itu berkata, foto-foto bercium yang tersebar ketika mereka sedar berhibur di sebuah pusat hiburan. 

Katanya, aktiviti sebegitu bukan perkara asing yang dilakukan pengujung di kelab malam. 

“Gambar-gambar tu suka sama suka di kelab malam. Suka sama suka normallah dalam kelab bukan buat apa pun. 

“Kami tiada buat apa pun, dia duduk rumah saya dan abang-abang jaga dia dengan baik bagi dia makan, dia takda duit pun,” ujarnya. 

Bagaimanapun, Fina berkata, dia tidak lagi rapat dengan penyanyi itu sehingga berita pendedahan Bella Astillah tentang kecurangan dengan pelakon Octovia Manrose. 

Sementara itu, pada Khamis Aliff Aziz melafazkan cerai talak satu kepada isterinya Bella Astillah. 

Bella memfailkan perceraian itu pada Mac lalu dan tekad untuk berpisah selepas foto Aliff tidak berbaju bersama seorang gadis Tiktok tersebar di media sosial. 

Aliff Aziz

Artikel Lain