suria

Ammar Alfian difitnah! Cerita curang hanya spekulasi... "Saya maafkan isteri"

Ammar menjelaskan telah menyekat beberapa akaun yang dirasakan menentang dirinya.

SELEPAS pelbagai spekulasi mengenai dakwaan berlaku curang terhadap isteri yang sarat mengandung, pelakon Ammar Alfian akhirnya tampil menjelaskan situasi sebenar.

Menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah, Ammar berkata isterinya iaitu Nelissa Nezam turut mengakui kesilapan selepas menghebohkan dakwaan berkenaan di media sosial.

"Saya memilih untuk berdiam diri kerana anda tidak layak untuk mengetahui kebenaran yang anda tidak akan pernah tahu.

"Untuk pengetahuan anda, isteri saya telah memohon maaf atas setiap kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.

"Saya juga memaafkan dia seperti mana saya maafkan anda atas spekulasi serta fitnah terhadap saya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri luah rasa kecewa ketika sarat mengandung 6 bulan, Ammar Alfian curang

ARTIKEL BERKAITAN: “Aliff Aziz, insaflah jangan sampai orang azan kat telinga” - Janda mengaku pernah tanggung Aliff Aziz

Isteri Ammar, Nelissa Nezam kini hamil enam bulan.

Ammar memuat naik kenyataan itu menerusi Instastory miliknya pada Selasa.

Bagaimanapun dia memadam kenyataan itu selepas lima minit.

Dalam pada itu, Ammar turut mengakui telah menyekat beberapa akaun peminat termasuk rakan yang dirasakan menentang dirinya.

"Anda memilih untuk percaya kenyataan sebelah pihak sahaja.

"Kepada rakan mahupun mereka yang berpura-pura, jika anda disekat atau saya tidak megikuti anda, ia bermaksud saya tahu anda berdiri untuk menentang saya.

"Saya maafkan anda semua tetapi saya tidak akan pernah melupakan... Terima kasih," katanya.

Antara kenyataan yang dimuat naik Nelissa Nezam.

Terdahulu, isteri aktor itu mendedahkan suaminya, Ammar beraku kurang terhadap selepas membina mahligai selama tiga tahun.

Lebih memeritkan apabila perkara itu diketahui Nelissa ketika sedang sarat hamil enam bulan.

Nelissa dan Ammar, 32, mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016 secara tertutup tanpada sebarang publisiti kepada pihak media.

Ammar Alfian, Nelissa Nezam, curang

Artikel Lain