“Saya rasa bersalah, ralat dan tak dapat tidur” - Fattah kesal rakan kongsi ‘lari’ selepas tipu stokis produk

Fattah Amin (kiri) menunjukkan surat guaman dan laporan polis berhubung kes penipuan melibatkan syarikatnya yang dibangunkan bersama rakan kongsi. Turut sama peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hasan.

PELAKON Fattah Amin dihimpit rasa bersalah terhadap kira-kira 80 stokis yang menjual produk kesihatan kerana ditipu oleh rakan kongsi yang sama-sama membangunkan syarikat sehingga mengalami kerugian besar.

Fattah, 29, menjelaskan dia tidak bersekongkol dengan rakan kongsinya itu walaupun dia juga merupakan salah seorang pemegang saham dalam syarikat berkenaan.

Malah Fattah juga mendakwa dia tidak lagi dapat menghubungi rakannya yang bertanggungjawab terhadap operasi MRP International Sdn Bhd (MRP).

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak akan menipu peminat” - Fattah Amin tekejut dituduh tipu ejen produk

“Saya rasa bersalah, ralat dan tak dapat tidur selagi isu ini tidak dapat diselesaikan.

"Apabila saya mendapat tahu perkara ini hujung tahun lepas, saya cuba hubungi rakan kongsi saya bagi mendapatkan penjelasan tapi usaha itu gagal.

“Jadi dalam isu ini saya seorang selebriti saya yang terkena tempias dan semua orang akan cari saya," katanya yang mengakui terdapat isu dalaman dengan syarikat berkenaan.

Fattah ditemui pada satu sidang media khas di pejabat urusan Universal Music pada Rabu.

Dia hadir bersama peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hasan.

Sebelum ini, sebuah blog hiburan melaporkan suami kepada pelakon Fazura itu dituduh tidak lagi rancak mempromosikan produk kesihatan menyebabkan beberapa pemilik rangkaian stokis yang menjual produk itu berasa tertipu selain mengalami kerugian.

Pelakon filem Mat Kilau itu telah membuat laporan polis pada 8 Mac lalu di Balai Polis Dang Wangi.

Katanya, laporan itu dibuat bagi membersihkan nama baik dan imejnya sebagai seorang selebriti.

"Laporan polis dibuat untuk memberi penjelasan kepada pihak stokis MRP dan orang ramai bahawa saya tidak menipu atau bersekongkol dengan pihak syarikat MRP.

"Ini merupakan usaha saya sendiri bagi menyelesaikan masalah ini kerana ia sedikit sebanyak mencalar nama baik saya," ujarnya.

Fattah Amin

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain