suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-gara kongsi tanda isteri derhaka, Tauke Jambu dipandang serong

TINDAKAN pelawak Tauke Jambu memuat naik artikel berkaitan tanda-tanda isteri derhaka mengundang padah pada dirinya.

Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria, 41, berkata, perkara itu menjadi tular dan menimbulkan salah faham dalam kalangan rakan-rakannya.

"Hari itu saya ada muat naik cerita mengenai tujuh tanda isteri derhaka, kesannya... berita itu menjadi viral.

"Rata-rata sahabat memandang serong pada saya padahal kita berniat baik," ujarnya menerusi Instagram.

Dalam pada itu, Tauke berkata, dia memuat naik info berkenaan bertujuan memberi info berguna kepada kaum isteri.

Tauke kesal niat baik dipandang serong.

Bagaimanapun, katanya, perkara tersebut dipandang negatif oleh segelintir masyarakat.

"Niat kita atas dasar memberi info berguna, begitulah cara kita berfikir kalau sesuatu itu kita pandang negatif maka negatiflah pemikiran kita.

"Semoga tali ikatan setiap rumah tangga kita semua berkekalan," ujarnya.

Dalam pada itu, Tauke memberi ucapan sempena hari ulang tahun pertama perkahwinannya bersama isteri, Nadia.

Tauke dan Nadia atau nama sebenarnya Nadia Mohd Effendi, 29, pada 9 Disember tahun lalu.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata pada 26 Oktober lalu, manakala Tauke mempunyai enam orang anak hasil daripada tiga perkahwinan terdahulu.


Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia