suria

“Saya pernah ambil ubat dan lari rumah dulu” - Shila Amzah ‘throwback’ hampir tamatkan riwayat sendiri

Shila berkongsi pengalaman kehidupan remaja.

BERDEPAN pelbagai cabaran dalam hidup, penyanyi Shila Amzah secara terbuka memberitahu dia pernah terfikir untuk mengambil tindakan drastik menghabiskan nyawa sendiri. 

Sukar menggambarkan apa yang dilalui sebelum ini, Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 35,  menganggap ketika itu dia berada di titik terendah dalam hidupnya. 

Meskipun dikelilingi ramai orang, namun penyanyi ini berasa seperti keseorangan. 

Shila akui perjalanan hidup ramajanya tidak sama seperti rakan-rakan lain. 

"Saya pernah ambil ubat, ia sangat sukar. Ingatkah dahulu saya pernah lari dari rumah yang menggegarkan seluruh Malaysia? Sebab saya cuba nak selamatkan diri. Saya berada di titik yang terendah. Semua orang tak tahu di mana saya berada. 

"Seandainya saya masih berada di rumah ketika itu, mungkin saya tiada di sini hari ini," katanya. 

Shila berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu dalam podcast Kita-Kita Aje! yang dikendalikan oleh pengacara Datuk Aznil Nawawi. 

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah serah kepada peguam, tidak akan keluarkan kenyataan demi jaga emosi 

ARTIKEL BERKAITAN: Amy Search hantar notis tuntutan kepada Shila Amzah

Apabila ditanya apa yang cuba dilakukan ketika itu, Shila bagaimanapun lebih selesa untuk tidak mendedahkan lebih lanjut. 

Dalam podcast tersebut penyanyi ini turut berkongsi perjalanan kerjaya seni yang bermula seawal usia kanak-kanak. 

Shila memberitahu dia pernah menghantar surat secara rasmi kepada bapa sendiri iaitu Datuk ND Lala untuk menamatkan perkhidmatannya sebagai pengurus kerjaya seni. 

Shila bangkit berdepan pelbagai cabaran. 

"Saya beri surat secara rasmi kerana tidak mahu perkara berbangkit," ujarnya. 

Dia juga menceritakan bagaimana perjalanan memulakan kerjaya seni dengan pengurusan sendiri sehingga dia berjaya mengumpul kembali wang dan membeli sebuah rumah. 

Biarpun banyak dugaan yang dilalui, penyanyi ini yakin pengalaman lama itu telah menjadikan dirinya cukup matang dan lebih menghargai kehidupan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain