suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adira berlakon drama arahan Erma Fatima, berdepan cabaran ‘buang’ loghat Sabah

Adira teruja ceburi dunia lakonan.

SETELAH sekian lama tidak berlakon, penyanyi Adira Suhaimi kembali melebarkan sayapnya dalam bidang itu menerusi karya terbaharu arahan Erma Fatima.

Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, berkata, dia tidak akan mensia-siakan peluang yang diberikan Erma walaupun tidak mempunyai pengalaman luas dalam bidang tersebut.

"Dulu saya pernah berlakon sebelum kahwin tapi kali ini selepas saya ‘bujang’ semula.

adira berlakon 1

Adira bergandingan bersama pelakon-pelakon hebat.

"Saya pun nak cuba bidang baru memandangkan anak-anak sudah besar jadi boleh saya kerja lebih sikit.

"Tetapi menyanyi tetap menjadi keutamaan buat saya," katanya ketika dihubungi mStar.

Berpeluang berkerja dengan barisan pelakon hebat, Adira memberitahu dia banyak bertanya bagi menimba ilmu baharu.

Apatah lagi kata Adira, drama lakonannya itu turut dibintangi pelakon berpengalaman seperti Adi Putra, Nabila Huda, Fathia Latiff dan Elly Mazlein.

ARTIKEL BERKAITAN: Adira buat bekas suami tergamam, mahu kembali ke pangkuan Datuk Red - “Kalau saya cakap orang tak percaya”

ARTKEL BERKAITAN: Datuk Red kena kecam kucup kepala bekas isteri, Adira enggan panaskan keadaan - “Orang boleh nampak reaksi wajah saya”

"Saya memang tak buang masa dan minta mereka yang lebih berpengalaman ajar saya.

"Setiap hari saya akan bertanya mereka walaupun sudah faham karakter tapi saya masih perlukan idea dan pandangan orang lain," katanya.

Bercakap mengenai cabaran ketika penggambaran, Adira memberitahu ‘membuang’ loghat Sabah dalam melontarkan dialog perkara paling sukar dilakukan.

adira berlakon 2

Adira mahu cari pelbagai ilmu dalam lakonan.

Pun begitu, Adira berasa selesa disebabkan drama bersiri 10 episod itu berbentuk komedi santai.

"Saya sudah bersedia dengan pelbagai kritikan netizen tidak kiralah positif ke negatif saya terima," kongsinya.

Untuk rekod, Adira sebelum ini pernah membintangi dua drama iaitu Tiara dan Tanah Kubur Musim ke 4 sekitar 2012.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain