suria

Dah sampai Makkah tapi cuma dapat beli perfume, Ryzal Ibrahim kecewa tak sempat tunai umrah

Ryzal percaya setiap perkara yang berlaku atas izin Allah.

PERSONALITI media sosial, Ryzal Ibrahim meluahkan rasa kecewa tidak berkesempatan menunaikan ibadah umrah ketika berada di Tanah Suci kerana kesuntukan masa.

Meskipun sudah ada niat di hati, namun Ryzal atau Nik Muhammad Ryzal Ibrahim, 32, berkata kali ini tiada rezeki untuk dia melakukan ibadah tersebut.

"Ryzal datang Makkah untuk beli perfume dan 30 minit saja ada masa, nak buat umrah tapi tak sempat.

Copy of Untitled - 2024-05-20T105313.600

Ryzal berkongsi pengalamannya itu dalam satu hantaran di Instagram.

"Niat dah ada untuk buat umrah, sebenarnya cukup saja untuk buat umrah tapi disebabkan Allah tak izinkan, maka tak jadi.

"Semuanya atas izin Allah, apa sahaja kita nak, minta dengan Allah. Tuhan punya perancangan adalah yang terbaik," katanya dalam satu hantaran di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Hilang wang tiada bandingan dengan nyawa, Ryzal Ibrahim ikut jejak langkah Daiyan Trisha

ARTIKEL BERKAITAN: Disangka sengaja masuk gereja, lawatan Ryzal Ibrahim ke pusat pemikiran Islam kena kecam - “Perangai jahil ubat dia pendidikan”

Menurut Ryzal, dia singgah di Makkah bertujuan mencari minyak wangi kesukaannya sebelum berangkat pulang ke Malaysia.

"Ryzal sekarang ada dekat Jeddah, dalam perjalanan nak beli perfume di Clock Tower, Makkah.

"Tak sempat masuk dalam sebab tak cukup masa, tak mengapa lain kali pula kita datang," ujarnya.

Difahamkan, Ryzal dalam perjalanan daripada London dan transit di Jeddah sebelum meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain