suria

Joy Revfa dedah sudah sah bergelar isteri Dr Adrian, nikah sebelum Ramadan

Joy dan Adrian selamat bergelar suami dan isteri.

USAHAWAN kosmetik Joy Revfa mendedahkan sudah selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya iaitu Dr Adrian Yeah sebelum Ramadan lalu.

Joy atau Siti Arifah Mohd Amin, 37, bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh sebenar pernikahannya dengan Adrian atau nama Islamnya Muhammad Adrian Yeah.

Sebagai bukti, Joy turut memuat naik foto sijil pernikahannya dengan Adrian, 32, yang juga seorang mualaf berbangsa Cina.

Joy memaklumkan dia kini bergelar seorang isteri.

Joy memaklumkan dia kini bergelar seorang isteri.

"Syukur Alhamdulillah dengan sekali lafaz Joy dan suami telah selamat dijabkabulkan sebelum Ramadan lagi.

"Sepatutnya majlis pernikahan kami pada Jun 2024 tapi rasa macam lama sangat nak tunggu. Jadi kami nikah dulu sebelum bersanding," katanya.

Joy berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Jejaka Cina bergelar doktor calon suami Joy Revfa, sudah peluk Islam sejak awal Ramadan

ARTIKEL BERKAITAN: Tunang berterusan terima gangguan, Joy Revfa mula ragu-ragu takut tersalah pilih suami

Dalam pada itu, Joy berkata, dia mendedahkan perkara itu bagi mengelak fitnah jika ada pihak melihat mereka bersama.

Katanya, ikatan perkahwinan yang halal membolehkan dia menemani Adrian untuk menjalani ibadah puasa bersama.

"Kasihan pada suami seorang diri bulan Ramadan ini sebab dia Cina mualaf. Bila sudah halal senang sikit nak bersahur, berbuka, solat dan belajar agama sama-sama.

"Joy upload ini sebab tak nak timbul fitnah bila ada yang nampak Joy dan suami tinggal bersama-sama dan ke hulu ke hilir sama-sama," jelasnya.

Sebelum ini, Joy mendedahkan Adrian yang juga merupakan seorang doktor perubatan sudah pun melafazkan syahadah pada 24 Mac tahun lalu di salah sebuah masjid di Setia Alam, Selangor.

Joy ingin menyambut Ramadan bersama Adrian.

Joy kemudiannya dilamar oleh Adrian pada Jun 2023 dan bertunang secara tidak rasmi di ulang tahun kelahirannya yang ke-36.

Usahawan itu pernah mendirikan rumah tangga bersama komposer dan penyanyi Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017 sebelum memutuskan untuk bercerai tiga bulan selepas itu.

Sebelum itu, Joy pernah bernikah dengan seorang ahli perniagaan dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Arryan Firdaus, 10 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain