suria

[V] Ada lelaki mahu berkenalan tapi Hidayah masih belum boleh lupakan arwah Abam

SELEPAS empat tahun pemergian suami, balu kepada pelawak Abam Bocey iaitu Nor Hidayah tidak menolak untuk mendirikan rumah tangga semula sekiranya dipertemukan dengan jodoh yang tepat.

Menurut Hidayah, 32, dia ada menerima kiriman mesej beberapa orang lelaki yang berhasrat untuk berkenalan dengannya.

Bagaimanapun, kata Hidayah dia tidak pernah membalas mesej tersebut kerana tidak berminat dan mahu memberikan fokus untuk membesarkan anak lelaki tunggalnya.

"Saya akui memang ada lelaki yang ingin berkenalan dan menghantar mesej di Instagram tetapi saya tidak pernah membalas.

Hidayah mengakui menerima mesej daripada beberapa lelaki yang ingin berkenalan.

Hidayah mengakui menerima mesej daripada beberapa lelaki yang ingin berkenalan.

"Ada juga yang datang kedai untuk berkenalan tetapi buat masa ini saya masih belum lagi berminat.

"Sejujurnya saya terbuka hati untuk menerima lelaki lain dalam hidup saya sekiranya ada jodoh. Tapi buat masa ini saya mahu besarkan anak saya terlebih dahulu," katanya kepada mStar.

Hidayah berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media tayangan perdana filem Tan-Ti-Ana yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada malam Selasa.

Dalam pada itu, Hidayah mengakui masih belum melupakan arwah suaminya dan mahu mencari seorang lelaki yang dapat menerima dia dan anak seadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bergambar atas pelamin, Hidayah buka hati kahwin lagi... Impi lelaki penyayang macam arwah Abam

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam bagi penjelasan, rupanya ini sebab Hidayah tolak wang tunai dibawa Ali Puteh

"Arwah tetap di hati saya. Susah untuk saya melupakannya. Siapa yang nak berkenalan dengan saya perlu sayangkan anak saya juga.

"Saya mahu lelaki itu menerima Hamzah dengan saya sekali," ujarnya.

Ditanya tentang hutang berjumlah RM75,000 daripada pelawak Ali Puteh, Hidayah enggan mengulas lanjut dan menyerahkan semuanya kepada wakil peguam.

Sejujurnya saya terbuka hati untuk menerima lelaki lain dalam hidup saya sekiranya ada jodoh.

NOR HIDAYAH

BALU ABAM BOCEY

Jelas Hidayah, selepas dia menolak untuk menerima wang tersebut secara tunai, dirinya masih belum mendapat apa-apa maklum balas daripada Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35.

"Saya tidak mahu beri sebarang komen dan menyerahkan semuanya kepada wakil peguam. Selepas kenyataan yang dibuat oleh peguam saya di media sosial tempoh hari, kami tidak menerima apa-apa maklum balas daripada pihak mereka (Ali)," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Hidayah meluahkan rasa teruja dan sebak selepas menonton lakonan arwah Abam menerusi filem Tan-Tia-Ana.

Hidayah juga turut menerima sumbangan daripada penerbit filem Tan-Tia-Ana iaitu Datuk Muhammad Razlan Ismail.

Hidayah mahu mencari calon suami yang boleh menerima anaknya.

Hidayah mahu mencari calon suami yang boleh menerima anaknya.

"Alhamdulillah filem Tan-Tia-Ana ini sangat memuaskan dan saya rasa sedih dan terharu menonton lakonan arwah suami saya.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak produksi yang turut memberikan sumbangan buat kami," katanya.

Untuk rekod, Hidayah dan Abam mendirikan rumah tangga pada 2017.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain