suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Makin berani ikut trend TikTok, netizen kata Nabila Razali dah ‘rosak’ selepas kahwin

Nabila Razali buat trend TikTok meraih perhatian netizen.

PERKONGSIAN video trend tarian yang dibuat penyanyi Nabila Razali menarik perhatian pengikut dan peminatnya di aplikasi TikTok.

Rata-ratanya terhibur dengan aksi bersahaja Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 32, yang dikatakan semakin kelakar dan terserlah sikap 'gila-gila' selepas mendirikan rumah tangga dengan Nik Iruwan.

Menerusi perkongsian video terbaharu di aplikasi berkenaan, Nabila dilihat selamba menari dengan menggerakkan tangan mengikut trend semasa.

size NP 1 (22)

Netizen puji Nabila yang semakin kelakar selepas bergelar isteri.

"Nabila Razali rosak ke lepas kahwin, tapi muka makin berseri betul.

"Lawanya walaupun tak makeup. Makin kelakar sejak kahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali dah kahwin... kini bergelar isteri ahli perniagaan

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali rasa janggal disapa gelaran ‘puan’, baru sedar rupanya dah kahwin

"Dari sebelum kahwin tahan ni. Dah kahwin boleh dah tak behave sebab dah ada yang punya," tulis netizen.

Video dikongsi Nabila itu menerima dua juta tontonan di TikTok.

Untuk rekod, Nabila dan Nik Iruwan, 38, sah bergelar suami isteri pada 18 November lalu di sebuah resort di Bukit Tinggi, Pahang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain