suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pertama kali berjauhan selepas kahwin, Watie rasa janggal tanpa anak-anak sepanjang di China

Watie akui sukar berjauhan dengan suami dan anak-anak.

PERTAMA kali berjauhan selepas berkahwin, isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah akui sukar menahan perasaan rindu terutama buat anak-anak tirinya.

Kata Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, persekitarannya juga berbeza apabila anak-anak tiada di sisi ketika dia berada di China.

Pergi ke sana atas urusan perniagaan, Watie memberitahu tidak merancang untuk memanjangkan tempoh perjalanan agar dapat segera pulang.

watie shuib 3

Watie bersama Shuib dan anak-anak.

"Sejak awal berkahwin dah tak pernah tidur seorang. Biasa kiri dan kanan mesti Mummy boleh sentuh-sentuh.

"Pandang skrin telefon terus datang perasaan sedih. Tak jadi nak extend di sini. Mummy tak sabar nak balik. Tadi Matin dah menangis," katanya.

Watie menulis perkara itu di laman Instagram miliknya berserta paparan skrin telefon gambar dia bersama Shuib dan ana-anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Akaun IG Watie kena gantung, Shuib minta bantuan netizen cara dapat semula akaun

ARTIKEL BERKAITAN: Anak tiri suka peluk Watie Hanifiah, puji layanan sama seperti arwah ibu

Sementara itu menerusi satu hantaran berbeza, Watie turut meluahkan rasa sedih susulan akaun Instagram miliknya yang sebelum ini tidak dapat di akses.

"Otak ini berfikir banyak tentang kerjaya sahaja.

"Ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang dan mula rasa sedih. Air mata mula menitik. Tetapi Shuib banyak memberi semangat.

watie shuib 2

Watie terpaksa berjauhan dengan Shuib atas urusan kerja.

"Ketika nak lepaskan Daddy (Shuib) air mata terus banjir," ujarnya.

Meskipun ia memberi kesan besar kepada Watie yang juga merupakan seorang usahawan, namun bagi ia juga peluang untuk memberi fokus kepada keluarga.

"Saya dah sampai tahap pasrah. Kalau Allah kata ada rezeki, maka adalah. Kalau tiada saya memang dah rasa malas nak buat akaun baru.

"Saya anggap mungkin Allah mahu saya beri tumpuan kepada Daddy dan keluarga. Tiada lagi sosial media," jelas.

Watie dilihat kembali membuka akaun sosial media baharu dan memcapai jumlah pengikut lebih 66,000 dalam tempoh dua hari.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain