suria

Shuib on time ke konti, belanja sarapan setiap hari... Suraya kongsi sejarah gelaran Prof Soneb 

Keserasian Shuib, Suraya dan Ajak mula wujud sejak awal mereka bekerja sama.

PENGUNDURAN Shuib sebagai penyampai radio Suria FM pada Isnin memberi kesan buat rakan setugas yang sama-sama mengendalikan segmen Morning Morning Suria.

Suraya Borhan, 40, berkata, keserasian antara mereka termasuk seorang lagi penyampai iaitu Ajak mudah dibentuk sejak mula bersiaran pada Ogos tahun lalu.

"Peluang bekerja dengan orang hebat bukan semua orang dapat tetapi saya merasai perkara itu. Shuib sangat membantu dalam pasukan kami.

suraya borhan 2

Shuib, Suraya dan Ajak mengendalikan segmen Morning Morning Suria.

"Kami tidak pernah ada latihan bersama, senang bentuk keserasian sebab masing-masing tahu tugas mereka," katanya.

Syura berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah video ketika membuat ucapan perpisahan buat Shuib dan dilihat tidak dapat menahan air mata.

Dalam pada itu, Suraya mendedahkan Shuib seorang yang tidak lokek berkongsi rezeki selain komited terhadap tugasnya di Suria FM.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi suara Shuib di Suria FM, mahu fokus perniagaan

ARTIKEL BERKAITAN: Teka-teki akhirnya terjawab! Shuib sah penyampai baharu Suria FM, kendali segmen ‘Morning Morning Suria’

Malah kata Suraya, sepanjang setahun berkhidmat, Shuib tidak pernah lambat sampai ke konti dan sering belanja mereka bersarapan.

"Dia tak pernah lambat datang konti.

"Terima kasih Shuib sebab selalu berkongsi rezeki dengan kami. Dia bayar sarapan kami setiap hari," ujarnya.

suraya borhan 1

Suraya sebak mengenangkan kebaikan Shuib.

Sementara itu, Suraya juga mendedahkan nama Prof Soneb yang merupakan salah satu watak dalam segmen mereka adalah ilham daripada anaknya yang sukar menyebut nama Shuib.

"Inilah budak (anak) yang menjadi punca nama Prof Soneb. Puas ajar sebut Uncle Shuib tapi bunyinya tetap Soneb. Lepas itu segmen Prof Soneb dah jadi kegemaran ramai pula," ceritanya.

Untuk rekod, Shuib memulakan tugas sebagai penyampai radio Suria FM pada 29 Ogos 2023 dan kontraknya berakhir selepas satu tahun tiga bulan di stesen berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain