suria

Sarimah Ibrahim tak senang tengok pengacara sibuk cakap hal peribadi sampai tenggelam bakat bertanding atas pentas

Sarimah tidak mengaitkan dengan mana-mana isu yang sedang hangat ketika ini.

KETIKA pelbagai isu hangat muncul membabitkan program realiti yang sedang bersiaran di televisyen termasuklah kontroversi melibatkan pengacara, pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim terpanggil menyuarakan pandangannya mengenai perkara itu.

Mengakui tidak senang menonton perbalahan dalam rancangan televisyen, Sarimah, 45, berkata seseorang pengacara ditugaskan untuk menghiburkan penonton dan bukannya saling bersaing di antara satu sama lain.

"Saya tak boleh biarkan diri saya menonton mana-mana persembahan yang berdebat di atas dan di luar pentas yang bercakap mengenai hal peribadi dan semua perkara melibatkan mereka.

sarimahh

Luahan Sarimah di laman Twitter X seakan berkait dengan isu ketika ini.

"Pengacaraan menghiburkan bukannya tentang perdebatan dan menang.

"Biarkan bintang di atas pentas bersinar, jadi tulang belakang yang positif untuk mereka," katanya menerusi satu perkongsian di laman X atau Twitter pada Isnin.

Perkongsian Sarimah itu mendapat persetujuan netizen yang mana rata-ratanya mengaitkan dengan perbalahan pengacara sebuah rancangan televisyen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kurang ajar kau ni!” - Elly Mazlein ‘naik angin’ netizen biadab pertikai program Gegar Vaganza, minta pakai tudung

ARTIKEL BERKAITAN: Produksi tiada jawapan hantaran Elly Mazlein sindir siapa, sentiasa alu-alukan kembali ke pentas ASGV

Enggan luahannya itu disalah anggap netizen, Sarimah berkata dia hanya berkongsi pandangan secara umum dan tidak menyentuh mana-mana pihak.

"Saya tidak bercakap mengenai sesiapa. Ia adalah secara umum tapi siapa makan cili dia... yang tahu saja tahu.

"Kita semua boleh menambah baik dalam kerja kita," ujarnya.

Sebelum itu, Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 43, mendedahkan dia mengundurkan diri daripada All Stars Gegar Vaganza (ASGV) bagi memberi laluan kepada orang lain untuk bekerja dengan selesa.

Tanpa menyebut nama mana-mana pihak, Elly berkata, keputusannya itu bukan bererti dia kalah sebaliknya memilih untuk tenang dan bahagia.

Pada 11 Oktober lalu, Elly mengumumkan pengundurannya sebagai hos ASGV dan Astro dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan itu disebabkan hal peribadi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain