suria

Patimah Ismail tak putus doa anak-anak dapat reda Allah, salahkan diri sendiri sikap tak baik mereka

Patimah bersama suaminya iaitu pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam.

ISTERI pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam tidak pernah berhenti memohon kepada Allah supaya anak-anak mereka sentiasa mendapat reda Allah selagi hayatnya masih dikandung badan.

Datin Patimah Ismail berkata, dia juga sudah reda akan apa sahaja tindakan anak-anaknya yang membuat hatinya terguris kerana merasakan itu adalah kesilapan dirinya sendiri.

"Aku tahu semua ini mungkin atas silap masa lalu, jadi itulah karma untuk aku namun anak-anak tidak pernah pun buat hati ini terguris.

"Mungkin kerana hati ini mudah rapuh sebab itu kadang kala rasa hati ini terguris oleh sikap anak-anakku.

Yusof Haslam 1

Patimah akan cuba kuat walaupun kadangkala anak-anak ada membuat hatinya terguris.

"Andai ada sikap anak-anakku yang kurang baik semua itu adalah sebab kekurangan aku dalam mendidik mereka, semua itu adalah atas kesilapan aku sendiri," ujarnya.

Patimah membuat perkongsian itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada Sabtu.

Dalam pada itu, Patimah berkata, dia cuba untuk membuang rasa sakit walaupun sikap mereka adakalanya membuat hatinya sebagai ibu terguris.

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu hati ibu Syamsul tengok dua cucu terpaksa lalui perjalanan hidup bersama Puteri Sarah

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan Puteri Sarah dengan bekas ibu bapa mentua tak berubah, tetap sayang sampai akhir hayat

"Sebagai ibu aku cuba pujuk hati untuk tidak berasa sakit hati atau sedih dengan sikap anak-anak yang adakala boleh membuat hati ini terguris.

"Aku cuba kuat dan terus kuat untuk buang rasa sakit hati itu agar aku tidak menangis kerana sayangkan mereka.

"Aku takut murka Allah pada anak-anak jika air mata aku jatuh," tulisnya.

Patimah turut memohon supaya segala dosa anak-anaknya diampunkan dan tidak menjadikan dirinya sebagai penyebab untuk anak-anaknya mendapat dosa.

19264394_10155700717732345_3339527104390511775_o

Patimah dan Yusof berkahwin pada 1982 dan telah dikurniakan empat anak.

"Sesungguhnya anak-anakku adalah anugerah terindah yang tidak terhingga untuk aku.

"Allah engkau jadikan anak-anakku anak yang soleh dan solehah dan jadikan mereka hamba-Mu yang taat akan perintah-Mu. Sihatkan, limpahkan rezeki mereka dan berikan kejayaan dunia," katanya.

Untuk rekod, Yusof dan Patimah telah berkahwin pada 1982 dan telah dikurniakan empat anak serta lima orang cucu.

Anak-anak mereka adalah Mohd Faizal, 40, Mohd Syamsul, 39, Nursyamin, 35 dan Mohd Syafiq, 31.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain